Sponsor



Photobucket

Dapatkan produk herba pelbagai khasiat terbaru EESHA. Banyak pilihan produk dengan harga yang menarik.

Losyen Herba (100ml)
RM 25.90
BTX Complex Spray (100ml)
RM 59.00
Whitening Soap (50gm)
RM 23.90
Set EESHA Cream Day/Night
RM 65.00
11 Produk Set Istimewa Ibu Bersalin
RM 350

Dapatkan produk EESHA dan banyak lagi yang harus anda miliki untuk menjaga keshihatan dan kecantikan anda. Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi Puan Rohaiza di 0174852063.

Tanda Fizikal Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan boleh menunjukkan tanda-tanda sebagai kesakitan fizikal. Antara tanda-tanda orang mengalami tekanan perasaan adalah seperti:

  • Sakit sendi, belakang badan dan otot. Tekanan perasaan yang teruk boleh memburukkan lagi gejalan kesakitan ini.
  • Masalah penghadaman, muntah dan cirit-birit.
  • Pening kepala dan sakit kepala ringan kadangkala berterusan dan berpanjangan.
  • Masalah tidur. tidur lebih daripada normal atau pun susah untuk tidur.
  • keletihan. Walau pun rehat atau tidur dengan lama tetapi apabila bangun tetap akan letih.

Kembalinya Aku

Hai semua terima kasih kerana sudi menjengah ke laman yang tidak seberapa ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi menjaga yang mengemaskini blog ini. Walau tidak ada pos terbaru tapi dari sudut teknikal semuanya amat terkini seperti versi dan plugin.

Aku mahu kembali tapi beberapa ketika ini pc kesayanganku telah mengalami kecelakaan. Hah?! Aku menggantikan dengan mainboard dan processor baru (Core 2 Duo) tapi akibat pemasangan yang tidak diketahui salah dan silapnya ketika suis di plug di buka, terus meletup dengan kuat dan aku lihat ada percikan api di balik tower heat sink tersebut. Dari pengamatan awal aku tahu bahawa mainboard ini dengan processor ini telah mampus sekaligus bersama wang aku.

Mainboard lama masih lagi berfungsi cuma aku tidak ada keberanian untuk memasangnya kembali. Haha!

Aku akan kembali mengepos bila ada waktu. Yang pasti PC tidak akan hidup buat tahun ini. Selagi belum ada jentera yang boleh memainkan kandungan video HD/Blueray aku tidak akan online seperti dahulu lagi.

Jika ada antara anda hendak menjual Mainboard + Processor Core 2 Duo atau yang lebih baik silalah komen. Saya akan hubungi anda.

Sob… Sob… Sob… :(

Majalah 70 Tahun Ke Atas Sahaja!

Haaa aku baru terima email yang di forward ke email aku. Ada banyak sebenarnya gambar seperti di bawah tapi tak tergamak aku nak post semua. Agak korang semua la apa isi kandungan majalah ni?

Majalah Orang Tua?

Majalah Orang Tua?

Sayonara Mr Shafique

Hai semua! Korang panggile jer aku dacapo!~ Aku nie kawan kepada Mr Shafique @ Cloud @ darkofsorrow dan BicaraKita kini sedang dalam jagaan aku. Dia kini sedang dalam vacation. Cuti lama aku rasa nie. Cuma kalo korang cari dia tak jumpa dia cuma pesan:

Anggap jer aku dah mati dalam sejarah hari ini.

Korang jangan tanya banyak-banyak plak. Dia mungkin kembali. Mungkin Tidak. Mungkin di suatu tempat yang kita tak akan jumpa dia. Satu-satunya kawan aku yang sangan unik.

Aku doakan kau dapat ketenangan. Aku sentiasa di tempat biasa dan akan jaga blog serta domain ini sebaik mungkin.

Pos terbaru aku akan bermula esok atau lusa :)

Fitnah Kepada Muslimah

Pada suatu dahulu, seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Dijadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita (tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.

Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita (tukang memandikan mayat) itu berkata,”Kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!”

Astaghfirullahhalazim. Tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada di luar yang sedang menunggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.

Setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk bertanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama di Madinah. Ada ulama yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan ditanam bersama mayat tersebut. Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.

Ulama Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.

Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. Ia bertanya kepada juru mandi itu (dari bilik hijab),

“Katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?”

Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, “Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!”

Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, “Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta’ala, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang. Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan. Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat”. Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya.

Full Metal Panic Ke Layar Perak

Benar atau tidak kini sudah terbukti. Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa salah satu anime kegemaran aku kini menjadi percubaan kedua untuk di bawa ke layar perak. Full Metal Panic kini dalam proses untuk ke layar perak setelah Mandalay Pictures mendapat hak memfilemkan anime ini.

Full Metal Panic

Full Metal Panic

Seolah menjadi kebiasaan Hollywood masa kini, Full Metal Panic dengan watak utamanya iaitu Sousuke Sagara akan dilakonkan oleh Zac Efron. Jika anda tidak mengenalnya, beliau adalah bintang saluran Disney dalam siri High School Musical.

Sousuke Sagara dan Zac Efron

Sousuke Sagara dan Zac Efron

Adakah filem ini akan berada di kedudukan yang sama dengan Dragon Ball Evolution?

Yuna - dan Sebenarnya

Di bawah ini adalah lirik lagu daripada Yuna yang bertajuk “dan Sebenarnya”. Ada unsur-unsur Norah Jones. Walau aku tak pernah minat rentak Norah Jones tapi Yuna memberi sebuah atmosfera dalam dunia musik aku.

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

Mana nak muat turun lagu? Carilah sendiri? Dapatkan demo Yuna mungkin?

Peperiksaanku Esok!

Esok? AKu rasa ramai pekerja/kerani Pos Malaysia Berhad akan menduduki peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Ke Jawatan Kerani Kanan Pos. Aku juga tidak terlepas kerana sudah cukup waktu untuk aku menduduki peperiksaan ini. Aku doakan diriku dan semua rakan-rakan seperjuangan sama diberkati dan dipermudahkan urusan. Amin

Peperiksaan

Peperiksaan

Hari ini juga Top Coat aku sampai bersama dengan pen lining 0.02. Selepas ini boleh aku kembali dengan projek Gundam aku. Tapi mana satu aku nak mula dulu?

Top Coat dan Lining Pen 0.02

Top Coat dan Lining Pen 0.02

Di bawah ini pula 3 Gundam kit yang aku belum pasang, gara-gara menunggu Top Coat di atas sampai.

Gunpla

Gunpla

Berdebar-debar menanti hari esok.

Notis Telekom

Berikut adalah email yang dihantar oleh pihak hosting aku. Jadi ini menjawab persoalan aku kenapa sambungan ke luar negara amat perlahan. Betulkah ia menjawab segala persoalan?

Dear Valued Customers,

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that there is a disruption of its Internet services due to circuit faults on the SMW3 between Tuas, Singapore and Penang linking Malaysia to Hong Kong and APCN2 near Chongming, China connecting Malaysia to the United States. As a result, customers using the Internet services may experience slow browsing while accessing websites hosted in the U.S. and Hong Kong.

In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to the U.S. and Hong Kong may also experience some service degradation.

To alleviate the problem, some of the links have been rerouted to alternate routes to ease the congestion.

Restoration works on the affected cables are already in progress. However, during the restoration process, traffic to Northern America and Hong Kong may experience degradation. However, traffic to other countries will not be affected. TM expects complete recovery of its services by 5 April 2009 and will make further announcements on the progress of the restoration works.

TM wishes to assure its customers that it is undertaking all necessary measures to restore communications services for its customers as soon as possible.
Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Internet related problems.

Thank You.

Toy Shop Di Penang

Sejak kebelakangan ini aku aktif mencari kedai mainan di sekitar Pulau Pinang. Jadi aku terpanggil untuk menyenaraikan kedai yang ada di Pulau Pinang ini dan semestinya mereka menjual produk terkemuka dari pengeluar mainan popular. Terima kasih kepada yang membantu dalam pencarian ini.

  • Robot Master - Queensbay Mall (Aras kedua)
  • Unique Toys - Qeensbay mall (Aras kedua)
  • Just Toys - Prangin Mall
  • Toon Shoppe - One Stop (Aras tiga)
  • Game Mate - Prangin Mall (Aras tiga)
  • Munkey Workshop - One Stop (Aras pertama)
  • Modelland - Hujung baris Gama
  • Game Mate - Prangin Mall (Aras tiga)
  • Acme Hobby - Megamall Penang (Aras tiga)

Di samping kedai-kedai ini aku juga ingin menyenaraikan kedai-kedai online dalam dan luar negara bagi rujukan dan pencarian anda semua.

Dalam Negara (Local)

Luar Negara (International)

Page 1 of 812345»...Last »