* Hanya untuk barangan di tahanan kastam Pejabat Pos.
Ramai kenalan berulang kali bertanyakan soalan yang sama kepada aku. Ini kerana tugas aku berkaitan dengan kemasukan barangan dari luar negara yang menggunakan khidmad pos dan EMS (Express Mail Service). Kebanyakan mereka selalu bertanyakan kepada aku ” Berapa nilai barang yang boleh kena tax? “. Aku tidak boleh menyatakan secara terperinci tapi secara asasnya aku dapat huraikan di bawah bagi panduan anda semua yang mahu mengimpot barangan luar ke Malaysia atau pun menghantar barangan dari luar ke Malaysia.
Di bawah aku ringkaskan maklumat mengikut jenis cara penghantaran bungkusan anda:
Penghantaran Melalui EMS
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Tidak bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 500 (Bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Perlu isi Declaration Form dan dicukai sekiranya item tersebut mempunyai cukai)
Penghantaran Melalui Udara (Airmail)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Tidak bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 500 (Bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Perlu isi Declaration Form dan dicukai sekiranya item tersebut mempunyai cukai)
Penghantaran Melalui Laut (Seamail)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 200 (Bercukai sekiranya item mempunyainilai cukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 200 (Perlu isi Declaration Form dan dicukai sekiranya item tersebut mempunyai cukai)
Namun barangan yang tertakluk pada syarat import perlulah dirujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mengetahui prosedur import. Sebagai contoh telefon dari luar negara perlu mendapatkan AP/Permit dari Sirim sebelum boleh ditaksir oleh pihak kastam untuk proses seterusnya.





bro..rechargeable battery dari China
200 packs = 800biji batery..
total – RM 5403
shipping – RM 410
TOTAL RM 5813
shipping via DHL ( airmail )
** mcmne procedurenya ? berapa kena cukai?
rechargeable battery ada cukai bro.. cukai tinggi… aku dah kena masa import aritu… kalo nk tau lebih lanjut psl import bateri contact aku.
Yeah sapa nak import battery nan leh guide nie. Good job dude!~
bro..rechargeable battery dari China
200 packs = 800biji batery..
total – RM 5403
shipping – RM 410
TOTAL RM 5813
shipping via DHL ( airmail )
** mcmne procedurenya ? berapa kena cukai?
bateri tak de tax tapi check balik ngan kastam?
Salam bro shafique.. sy ade 1 prob..jumaat lepas sy ade bli alat ganti motosikal dr Indonesia gune EMS & ade sorg perempuan call n ckp brg tu kne thn kat KLIA sbb akan dikenakan cukai..sy lupa plak nk tanye brape cukai.. kos brg dan penghantaran total Rm 161.00.. dan apa perlu sy buat tuk dptkn brg tuh?
Ada apa2 nombor rujukan tak dia bagi? Adakah fadli duduk berdekatan dengan KLIA atau kawasan sekitarnya? Jika ya, mungkin notis tahanan tidak sampai kepada fadli mungkin kerana masalah teknikal. Bukan apa takut kena scam je.
Berapa cukai memang diorang tak leh tawu sebab kita kena gie tengok sendiri sebab kita sendiri akan check dengan kastam.
Kod tarif bagi E-Ciggarate adalah 8548.90.900 yang mana membawa kepada sales tax 10%.
Sumber diperolehi daripada Bahagian Penjenisan Kastam.
Salam bro shafique … terima kasih pasal hang tolong check kan kod tarif pasai e-ciggarate nie … kalau amount bwh rm500 sekali dgn kos postage ..bermakna tak kena cukai laa kan..
yaaa betoi tue. Below RM 500 untuk Airmail & EMS sahaja. Hik3.
Bukan pe baru dapat info nie dari CBI so kami dan pihak kastam jelas. Bukan pe ada gak menda nie masuk baru clear.
salam..kod rujukan ada.. so itu brmakna mmg btol brg sy ditahan?sy tggl kat pahang..nk g ambik brg tu pn cam susah je..
Dia akan dihantar ke pejabat pos besar berdekatan anda. Tak payah gie sampai KLIA gitu. Huk3. Kalo ada memang kena tahan. Kastam akan isu notis tahanan kepada anda.
En Shafique, saya ada satu kemuskhilan diharap en dapat membantu. Saya bercadang untuk membawa masuk (melalui kargo – laut) 50 unit peti ais kecil dari korea yang berharga 600-800Rm seunit. Berapakah tax yang akan dikenakan oleh pihak kastam.
Huish! Yang nie Azmi kena carik forwarder. Diorang sure cekap pasal kargo nie.
Salam tuan,
saya ada plan nak beli lens DSLR samyang 85mm f1.4.rege lbh kurang dlam rm1077.00 +free shiping..kalu ikut kastam 0% tax if
‘900651000 – – – with a through-the-lens viewfinder (single lens reflex (slr)), for roll film of a width not exceeding 35 mm’
leh kena tax x cz dh lebih 35mm.kalu kena berapa jumlah dia..sy nak beli ikut ebay ni…thanks
Tak pe lense memang tak de cukai
Kami memang kira lense sebagai lense tak kira aspek teknikal dia
mr shafique keja kat klia ke.. sy keja kat nilai je.. kalo ada masa boleh lepak2 minum.. byk yang nak tnya pasal import barang2 bercukai nie.. hehe
Alahai saya kat Butterworth. Thanks sangat ya
Datang penang halo2 la nanti.
oh..ok..terima kasih bro..=)
Mr. Shafique,
Sri nk tnya sket ler. Skg ni Sri nk order breastpump bag pulak dari Australia 3pcs. Klo ikut current exchange rate, total item + shipping cost dalam RM490. So suppose tak kene tax kan sbb below RM500. Tapi risau gk, klo item smp Malaysia, suddenly exchange rate increased, so kastam akan kira total cost sy jadi >RM500 pulak la ye? Walhal cost masa sy beli still below RM500. Klo dorang kira lebih dari RM500, means mmg sy tetap kene byr tax 30% tu ke? Klo camtu dah tak berbaloi la beli 3pcs sbb ingat combine shipping leh save kat shipping cost, thus total cost still below RM500. Camne ye Mr. Shafique?
Hurmm.. sebab mengikut pengalaman saya mereka akan ikut currency terkini. Tapi kastam nyer exchange rate digunapakai seminggu sahaja. Means dia tak berubah hari-hari macam bank dan selalunya rate kastam adalah rendah sket dari bank.
Hmm, payah nk predict nih. Btw, Sri dah beli dah bag tu. So skg tunggu barang smp je. Pastu tgklah camne. Minta2 ler tak kene tax, klo tax rugi dennnn!!!hoho
Tue la Sri. Hope ok la. MIntak2 ler tak kena. Amin…
Sri sales apa lagi ek?
Sri jual barang nursing and baby products. Tu yg sibuk nk beli breastpump tu hehe..tapi klo baby apparel belum mampu lg ler..sbb tax 32% kan? hehe..beli breastpump ni pun dah mengigil..hikhik
laa bro Shafique nie kerja kat Butterworth kee …ingat kan kat blah klia ke ..klang ke … mcm tu boleh laa kena teh tarik ..say doq blah pulau ..dekat air itam … hehehe
tak jauh mana dah tue. Lepak queensbay pon layan gak tue. Ngeee!~
ok gak bro Shafique kita lepak Queensbay … tapi kena tunggu hari Jumaat … pasal kalau mlm minggu selalu ramai sgt org doq lepak kt Queensbay nie ..jd rimas gak … apa2 hal hang bole roger aku bila ingat nak pi lepak laa … tak pi pekena nasi kandaq beratur kt Mesjid Kapitan
Hak3 molek2 cadangan tue. Nanti haku roger kamu. Lepak2 sekali. Cantek!~
saya ada beli LCD sony 40…suplier bagi harga 280 usd…
saya bayar separuh dari harga tersebut n then bakinya selepas dapat barang…
tpi barang masih lagi tak dianta sebab suplier minta INTERNATIONAL BUYER CARD..so dia minta tambahan 200 usd..
memag kad itu diperlukan ke kalau nak beli barang dari luar?
dia janji nak anta dgn DHL, tpi sy munsykil takut kos penghantaran sy yg kena bayarkan apabila barg sampai sini ?
last soalan..berapa tax semuanya sehingga barang tue sampai ke sy?
Tak sure la nanti DHL yang handle tue. Tapi International Buyer Card tue tak penah lak saya dengar sepanjang saya dok soping online nie.
salam bro shafique..nk tanye la..kalo sy minta tlg kwn sy amek brg tu bole x?kalo xnak gune agen..
Tak der hal. Wat je authorize letter yang simple2 sure boley.
Kami menyediakan perkhimatan penghantaran kenderaan (Port Klang) ke Sarawak
dan Sabah.
Harga serendah RM 1500 apa jenis kendaraan.
Dilindungi insurance
Jangka Masa Diambil untuk penghantaran min 4 hari max 1 minggu.
Sebarang pertanyaan hubungi kami.
012-3116579
hye mr shafique,
thnkx yer for the info. tp sy ttp knfius ttg invoice semua tu cz sy purchase online je. tggu je la bile sume brg tu smpai. btw, kalo handbag ni brape cukai kastam kena ek? btw bro, u ni online shopping tegar ke? any advice x mcm mane nk dpt shipping rate paling murah? hehe… cz now sy gune forwarder yg siap ade facilities US address tu.. kot2 la ade cara shipping lain lebih murah, bole save sikit utk byr kkastam lak..hehe
Kita purchase online still ada bukti pembayaran kan? Payment slip paypal atau pun TT nyer resit pon diterima pakai kastam asal dapat menunjukkan nilai barang kita. Saya online purchaser local n international. Ikut segan, malas or susah tak nak dapat barang tersebut. Advice eh? Hurmm guna postal service nie macam yang saya kata kurang kat cnie nanti lebih kat sana. So memang tak leh adjust dah. Kalo shipment pakai seamail (cheapest n slowest) tak der pengecualian cukai plak. RM 200 jer dah kena wat K1 form. EMS dan AIrmail plak RM 500 ke atas sekiranya bercukai baru kena cukai. If below tak der cukai gitu sha.
Saya tak der la soping sangat online nie. KEwangan tak kukuh. Tapi saya keje kat bahagian berkaitan menda nie so apa yang dapat saya share ngan pembaca semua
Ermm sha nie kan yang tanya pasal vs hub tue?
authorize letter?cene tuh?nk kne ade ape lam tuh?salinan ic?
contoh: saya memberi kebenaran kepada (nama waki) dengan ic nombor bls.. Bla.. Untuk amik parcel.
Ala surat kebenaran je. Simple. Letak nma wakil, penerima, ic both of em n mna yg rsa penting.
orite bro..trima ksih byk2…bro de fb?
Ermm fb eh? Tengah pk nak buat ke idak. Ngee!~
bro. ritu blackberry aku selamat smpai. total cost
phone = rm1,544.47
bayar kt sirim = 200
bayar kt fedex tuk clear kastam = 10% dr harga barang. seb bek declare 1ribu= rm103
Total = 1,847.47
ni aku nk tanye sket. boleh ke kita beli barang electronic contohnye aku kenan dengan sony soundbar rege die Sony HT-CT100 Sound Bar Speaker + Subwoofer $219.99
so kene cukai xbarang ceni. ke sama cam phone. ritu aku lupa nk tanye masa gi sirim. bagi pendapat sket.
kalo speaker no hal x yah sirim. Okie je. Owh pkai fedex eh? Senang sket kot. Kalo pos kita kena dtg apply sirim sendiri. Fedex amik service charge x?
Baru baru saya ada mendapat kiriman handphone melalui poslaju.barang ditahan kerana dikenakan cukai. handphone tu tak boleh digunakan dimalaysia.. tunang saya hantar utk kegunaan saya bila di usa.. jadi masih kena ambil permit sirim lagi ke.. dan 250 cukai tak munasabah…
as long hp mmg kena sirim gak seingat sy sbb brg2 mcm nie kategori import bersyarat. Sbb hp jepon kalo mod leh pkai. Gitu gak hp len leh unlock mcm 1st gen iphone. Diorg wat proses jailbreak. Tp better consult ngan sirim. Sbb sy bukan sirim.
Help me.. Minta bantuan.. saya ada beli BenQ s6 UMPC/Notebook dari ebay. sekarang kena tahan kastam kat klia.. diorang minta permit dari Sirim. UMPC/Notebook pun kena Sirim & Tax juga ke ?? masalahnya sender/seller dari Hong Kong declare sebagai GPS Device. pening……
silap declare la tue. X pe bwa surat yg abg dpt tue g sana. Bukak check tgk lappy je. Abes kuat declare rm 49.50 je. Tax x dew utk lappy. Rsanya diorg x bukak parcel abg. Silap declare x pe jgn seller silap brg.
Hik3. Pandai pon cik Sri kita. Hehe.. Sri jual kat blog eh? Sebab saya ada 1 domain n hosting lom pakai lagi. Ingat nak wat site untuk fokus bagi jual produk wanita n kanak2. Nanti kalo berminat saya setup host tue leh pakat iklan barangan kat situ.
Pakaian memang mahal gitu. Huk3 bila nak dapat baby nie.
P/S: Dukung baby jiran jer lagi.
hoho boleh jg:) ..owh belum ada baby lg ye? takpe2..dukung dulu baby jiran tu, amik berkat hehe..my 2nd baby ni due mid May ni InsyaAllah. Tu yg skg sibuk amik barang, nanti dalam pantang takde masa pulak nk order stock hehe..
Waaaaa!~ Ye ke?? Alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan Sri dan dapat anak yang soleh dan solehah gitu. Tak per nanti cari la assistant sorang tolong2. Ngee!~
Tak per bagi Sri slamat semuanya nanti saya up kan host saya lagi satu tue. Nanti pic baby pass la sama kat saya. Kasik penyeri blog nie
InsyaAllah, semoga semua selamat. huhu..Nanti bila breastpump bag dah smp, sy info tax nye kay. La ni, tgh dok pikir pasal tax breastpump sparepart pulak..ngahaha..sampai hubby kata, pikir la puas2, nanti masa lam pantang, rehatkan la otak tu yekk..ekekeke..rasa sonok sgt dok order barang online!!ahaha tpi brang baby satu pn tk shopping laie..huhu
Hik3 tue la time pantang kena la rest bebetol kan. Hehe.. Jangan lupe soping barang baby tue nanti udah le. Ngeee!~
InsyaAllah..kay ni tgh tunggu shipping bag from AUS, lambat gler..the shop courier out last thurs, tpi AUS Post register parcel tu hari isnin baru ni..haduih..jenuh arr nk smp..tapi klo bag kene tahan kastam, and Sri print out paypal payment which shown the exact total cost is below RM500 masa Sri beli item tu, ok tak Mr Shafique?
MEmang ok sangat2 tue Sri. Say kat cnie pon memang suggest customer provide bukti pembayaran. Lebih mudah. Kalo kat cnie kami memang terima print out Paypal
Hoho, Mr Shafique, Sri hepi bangat ni!!hehe..Breastpump bag baru je smp tadi. Alhamdulillah, tak kene tax, pass thru kastam. So tak payah ler print out paypal transaction tu:) Cuma pelik, sbb check kat AUS post semalam belum shipped out lg, tup2 today smp!!Heheh So Sri pn ape lagi la, nk order 2nd batch dah ni..Wakaka..Adess..Camni confirmed arr, 2nd baby ni mesti kuat soping mcm Mama dia!!Gulppp *v*
*Gulp!~ Ngeee~ Abes la baby dia kuat soping nnt nie macam mama dia. Hehehe.. Syukur la tak kena tahan kastam. Save banyak la leh prepare 2nd batch gitu. Tak per nanti baby mesti pakai comey2 mama dia bagi. HIk3.
Status posting barang kita nie kdg2 tak selalu tepat tue yang penin sket. Tapi yang terbaik kita check MEsia n Origin Country nyer postal servis.