Info

Penipuan Pelepasan
Pelepasan Kastam
Kadar Tukaran Wang Diguna Pakai Kastam

Sponsor


Elak Dicukai Kastam

* Hanya untuk barangan di tahanan kastam Pejabat Pos.

Ramai kenalan berulang kali bertanyakan soalan yang sama kepada aku. Ini kerana tugas aku berkaitan dengan kemasukan barangan dari luar negara yang menggunakan khidmad pos dan EMS (Express Mail Service). Kebanyakan mereka selalu bertanyakan kepada aku ” Berapa nilai barang yang boleh kena tax? “. Aku tidak boleh menyatakan secara terperinci tapi secara asasnya aku dapat huraikan di bawah bagi panduan anda semua yang mahu mengimpot barangan luar ke Malaysia atau pun menghantar barangan dari luar ke Malaysia.

Carta Aliran Bungkusan Tahanan Kastam

Carta Aliran Bungkusan Tahanan Kastam

Namun barangan yang tertakluk pada syarat import perlulah dirujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mengetahui prosedur import. Sebagai contoh telefon dari luar negara perlu mendapatkan AP/Permit dari Sirim sebelum boleh ditaksir oleh pihak kastam untuk proses seterusnya.

Apa yang anda baca ini hanyalah teori sahaja. Sekiranya anda mahu lebih maklumat lanjut mengenai perkara ini dan juga sebarang soalan berkaitan cukai sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia kawasan anda.


  • Yahoo Bookmarks
  • Twitter
  • Windows Live Spaces
  • Facebook
  • Blogger Post
  • Spurl
  • Slashdot
  • Google Bookmarks
  • Google Reader
  • MySpace
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

515 comments to Elak Dicukai Kastam

  • hairul

    Salam,
    Nak tanya kalau export camner? Ada duties jugak ke?

    Boleh tau tak kalau nak import hard disk media player , berapa cukai import dia? Harga dalam USD 120

  • Ermm kalo export so far kecik2 tak der apa2. kalo besar2 1 palet ke kontena tue kena kontek ngan Kastam ar bahagian Import Export.

    Kalo hdd media player tue seingat aku tak der tax. tapi nk kena confirm sbb nk tgk dalam buku kod. tapi aku rsa mmg tak der. Sok aku akan confirmkan kembali n post komen.

    120 USD = RM 440.34. Campor postage mesti lebih tapi kalo barang tak bercukai kira tak cukai. Jangan lebih RM1000 jer if tak kena buat declaration form RM49.50 kat pejabat pos nyer Unit Forwarding.

  • selepas tgk buku kod tarif tak der cukai :)

  • Vic

    Hi Mr Shafique,

    Saya baru je balik dari kastam ambil barang saya yg diimport dari US. Harga barang tu US170, harga shipping US53.95. Semua saya bayar kat penjual kat US. Sama mcm yg awak kata kat atas, dorang kata kalau harga barang + shipping lebih RM500, kena tax. So, tadi saya bayar RM189.89 utk dptkan barang saya tu. Betul ke dorang kira tu? thanks shafique.

    p.s – barang saya tu ialah inai rambut berasaskan herba. Saya beli dr website ni http://www.mehandi.com/shop/hairindigo/index.html . Melalui site tu, takde pun mention cukai. Saya cuma nak tau, harga RM189.89 yg saya bayar tu, mmg sepatutnya atau tak? thanks.

    p.s.s – saya ada nampak buku kod dorang, ada tulis shampoo, dye, ada tulis 10%, 20%…ntah apa2 lagi. Soalannya, takde ke buku mcm tu kat online? supaya kalau saya nak beli barang lain kali, bole tngk harga import dulu, kalau mahal sangat, baik takyah import. Nnti bila nak claim brg, tak cukup duit pulak nak bayar:(

  • Vic

    Lupa pulak, dorang ckp bayaran tu utk CIF, (cost insurance & freight). Tapi kos tu kan saya dah bayar kat penjual. So, RM189.89 tu rasanya kos cukai import la kan? bukan CIF. thanks.

  • saya agak kira2 dia begini:

    FOB: USD 170.00 = RM 623.05
    FRT: USD 53.95 = RM 197.73
    CIF: USD 223.95 = RM 820.78

    Jadi nilai CIF tue akan dikali dengan berapa jumlah cukai. Kalau sebagai contoh dye dalam kategori syampu kita ada 10% cukai jualan dan 20% Duti import jadi 30%. Tapi kalau dapat kod yang betul mungkin dapat kira dengan tepat.

    *mengambil syampu sebagai contoh

    Jadi 820.78 X 30/100 = Jumlah Cukai

    Ini kerana cukai kastam kira berdasarkan CIF. CIF Lebih RM 500 tiada pengecualian cukai. Sebab dari situ kastam nilai barangan kita import.

    Saudara boleh rujuk http://www.myports.net/ kerana ini juga hampir sama dengan buku kod tarif yang anda lihat cuma buku itu lebih terperinci dan tepat. Untuk anggaran saya cadangkan anda lihat laman tersebut.

    Pergi ke Menu > Information Services (Free) > Tariff Codes > PDK Codes. Di kotak “Querry By” tukar kepada description dan guna 1 perkataan sahaja.

    Seperkara lagi memang di laman kita beli barang tersebut dia tidak nyatakan tentang cukai kerana setiap negara mempunyai takrif cukai yang berbeza. Ada barang ada cukai dan tidak.

  • Vic

    thanks shafique,

    maklumat di atas sgt2 membantu=)

    p.s – saya rasa next time, baik saya bahagikan belian tu kepada 3, cth, belian + shipping = RM1000. Saya bahagikan 3, so harga RM300 lebih je bagi satu pakej. kalau guna cara ni, boleh lepas tak? atau awak boleh cadangkan cara yg lebih baik? thanks shafique.

  • saya ada cadangkan begitu gak kat pelanggan yang datang. mungkin kita tanggung kos shipment lebih sket la kan tapi dari kena cukai kan?

    Thanks juga buat Vic sebab sudi meluang masa di sini. Ada persoalan saya akan cuba huraikan dan jika saya tidak mampu saya akan rujuk ke pejabat untuk membantu anda :)

  • ROZIE

    SAYA NAK BAWA MASUK TELEKUNG DAN KAIN SUTERA DARI VIETNAM….BERHARGA RM5510.00BERAPE KSH CUKAI KASTAM YG DIKENAKAN?

  • Kain sutera, tudung baju, n baju lain2 32% cukai. Dianggarkan RM5510 + Postage (jika ada) x 32% + RM49.40 (Borang ikrar kastam) = Jumlah Bayaran Keseluruhan.

  • fariz

    salam bro.. nak tanya sikit.. saya ada order skaf bola (knitted) dalam harga rm5000. skaf bola ni kena tax x?
    camne nak declare harga ? takut kena cukai jualan . thanks

  • mel

    Hi shafique,

    Cmner klu kita bw 2ndhand books & brg2 keperluan rumah eg langsir, baju, brg hiasan rumah dlm kuantiti yg byk yg mana kena anta melalui kapal. Brg2 tu xde resit just pos dr kwn/agen sana. Kastam still check n kenakan tax ke atas brg2 tsbt?

    Pls advise. Ingat nk import brg2 terpakai ke msia. thanx

  • Salam semua. Maaf atas kelewatan kerana komputer saya rosak (terbakar mainboard)

    @fariz
    Skaf bola tue yang mcm muffler yang mcm selendang kita pakai tue ke? kalo yang itu ada tax tapi saya konfirm balik selepas fariz konfirm kan adakah itu barangnnya.

    @mel
    2nd hand books tak der tax tapi barang2 lain kalau baru mcm langsir baju and hiasan apa semua tue ada tax. tapi kalo semua menda dah pakai contoh kita pindah rumah then barang tue kita pos kan ke Mesia, kita akan letak under Used PErsonal Effects tapi dengan syarat menda2 terpakai ar and cukai tiada. kalo lebih RM1000 kita wat declaration form kalo seamail over RM200 total cost (Freight + value) kita kena wat declaration form.

    Tapi kalo dalam maksud mel utk jualan rasanya baik sertakan invoice yang lengkap sebab barang2 tersebut berlainan duti.

  • fariz

    yup.. yang tu la.. 1000 helai nk di order. sehelai kos dalam rm6. thanks for reply :D

  • @fariz: Confirm cukai jualan 10%. Bak Selai nk beli gak. Hehehe! Mu ke? Ekekeke!~

    RM 6 x 1000 = RM 6000, masuk dengan postage sekali tak? Jika tak RM 6000 + Postage X 10% (Cukai Jualan) selepas tue tambah dengan RM 49.50 (Borang Ikrar Kastam). Itu kira-kira secara kasarnya. Baper kotak agak2? sebab kalau Pos Malaysia yang buat sebagai agen kastam, 1 kotak tambahan RM 1.

    Kod tarif untuk rujukan: 62.14

  • nan

    hi.. nak tanya..kalau sourvenier dari indonesia duti nye brapa sebenarnyer?
    di mana saya nak tahu percentage duti?

  • anuar

    Saya nak tahu sama ada 2 casing kayu yang saya order dari online store di Kanada akan dikenakan cukai atau tidak kerana nilai 2 casing dan shipping berjumlah RM980.00. Material casing diperbuat daripada MDF (Medium Density Fiberboard). Ukuran 3 inci tinggi, 12 inci lebar, 12 inci panjang. Shipping melalui surface mail, dimanakah saya perlu tuntut items saya sekiranya perlu membayar cukai? Terima kasih!

    • @anuar: casing ini digunakan untuk apa ya anuar? Saya kurang pasti ketegori tarif item ini tapi agak saya bercukai. Disebabkan anda menggunakan seamail, anda perlu membuat borang ikrar kastam dan menjelaskan bayaran cukai sekiranya item ini bercukai. Sekiranya barang anda ditahan pihak kastam akan mengarahkan Unit Bungkusan Kastam Pos Malaysia Berhad zon anda menghantar notifikasi memberitahu bungkusan anda ditahan. Turut disertakan nombor JK78 di mana bungkusan anda didaftarkan di bawah nombor tersebut.

      Kesimpulan: Bayaran cukai dijelaskan di Unit Bungkusan Kastam zon anda. Seperti contoh: Butterworth di Pejabat Pos Butterworth.

  • Mus

    Askum,
    Saya nak tanya, kalau kita nak beli handphone dr luar negara, kata lah dalam kuantiti 10 biji, camana kiraan cukai utk barangan ni? Sbg cth, kata lah kos 10 biji handphone ni = RM4000 + shipping = RM 300. Apakah jenis cukai yang akan dikenakan? Cukai jualan? Duti Import? Sbb plan saya utk jual secara online sahaja. Dr apa yg telah Shafique beritahu diatas, utk kemasukan handphone ni perlu dapat kelulusan dr SIRIM kan? Berapa ye agaknya anggaran bayaran utk permit SIRIM ni? Adakah permit ini utk setiap biji yg dibawa masuk atau keseluruhan pakej?

    • Jika handphone pula memerlukan permit import (AP) dari SIRIM. 1 permit boleh memuatkan 3 handphone tapi jika tidak salah saya dari jenis yang sama sahaja. Katakan 10 buah handphone adalah sama jenis anda perlukan 4 permit (1 permit 3 Handphone). Tapi bagi permit untuk kuantiti yang banyak seperti handphone ini anda perlu bertanya kepada SIRIM dengan lebih lanjut sebab kuantiti item boleh mempengaruhi harga AP itu dan elakkan menggunakan alamat premis perniagaan atau pekerjaan kerana permit bagi peniagaan adalah mahal dari permit biasa. Walau pun anda bekerja di sebuah syarikat dan menggunakan alamat tempat anda bekerja untuk menerima barang ini boleh menjadikan permit anda mahal dari biasa kerana dianggap sebagai barang dagangan.

      Pernah terjadi sebuah telefon rumah biasa dikenakan permit sebanyak RM640 sebuah kerana pemohon menyatakan ia adalah untuk dagangan syarikat.

      Berbalik kepada kisah tadi, anda ada 4 permit mewakili 10 buah handphone. Anda dikehendaki membuat borang ikrar kastam di mana sebuat borang hanya boleh memuatkan 2 permit (AP). Jadi anda perlukan 2 borang ikrar kastam. Cukai jualan bagi handphone adalah 10%.

      Jika sebuah handphone tersebut bernilai bawah dari RM500 setiap unit (harga handphone + shipping cost) anda akan dikecualikan cukai. Hanya bayaran borang ikrar kastam RM49.50 setiap satu dan bayaran permit yang mana perlu dirujuk dengan SIRIM.

      Saya cadangkan anda berhubung secara terus dengan pihak SIRIM bagi isu permit ini.

  • Lynn

    saya nak tanya , kalau saya import handphone dari China (untuk kegunaan sendiri) camanmana cukainyer ek?? Harga dah convert to RM = RM 800 (termasuk shipping cost), guna EMS.

    • @Lynn: jika dah rm 800 termasuk shipping cost akan dicukai sekiranya ditahan kastam. Handphone adalah barangan larangan import dan memerlukan permit (AP) dari sirim. Harga saya tidak pasti tapi amat hampir dengan RM200. Cukai adalah 10% dari harga barang + shipping cost. Saya sudah lihat banyak orang membayar harga yang tinggi bagi handphone yang murah. Jadi inilah info untuk awak. 10% daripada harga barang + shipping cost. Sekiranya invoice anda menyatakan bahawa RM800 telah termasuk dengan kos penghantaran sila jelaskan kepada pegawai kastam tersebut kerana jika tidak kemungkinan dia akan menambah RM800 dengan kos penghantaran yang tertera pada airway bill bungkusan anda :)

  • Lynn

    kalau bawah RM 500, still takde custom fees ke?

  • naeem

    salam mr shafique

    saya nk tanya,harap dapat membantu

    saya baru nk order barang mcm pendrive dari china
    cost dlm usd100 +ship,kena cukai x?kalau lebih dlm usd500?
    cmne nk tau barang tu kene cukai ke x?
    terima kasih atas info
    di harap dapat membantu

    • @naeem: Jika lebih daripada RM 500 (barang+shipping) ada cukai. Lebih RM 1000 kena cukai dan buat borang ikrar kastam (declaration form). Ada banyak barang bercukai dan amat sukar menentukan yang mana tidak bercukai kerana semua ini perlu dibuat rujukan semula. Kalau pendrive memang ada tapi tak pasti berapa peratus. Saya kini dalam proses menyenaraikan peratusan duti kastam bagi barangan yang selalu diimport masuk oleh pelanggan untuk memudahkan rujukan anda semua.

  • wan_knox

    Salam Shafique, saya baru lagi kt sini.. saya skang nk order kasut dari china. dlm 300 pasang. Harga utk 300 pasang dalam rm700. Delivery Rm1200 (utk dapat murah,, saya kena amik 300 pasang supaya saya bleh jimat delivery kos.. kalau saya amik 100 kos dia mahal). apa lagi kos2 yang saya perlu standby sbb ini 1st time saya nk order barang dr oversea dgn quantity yg banyak.. CUkai kastama mcm mana anggaran tu..

    Harap dapat membantu saya.

    • @wan_knox: Kasut nie kena tengok material dia daripada apa. Sebab lain material dan jenis kasut membawa kepada duti yang berlainan. Pastikan invoice dan bukti pembayaran anda lengkap. Cuba bagi info lagi supaya dapat membantu anda. Jika kasut / sandal daripada getah atau plastik mempunyai peratusan duti yang agak tinggi.

  • khairizan

    salam bro, kalo saya beli barang2 wireless mcm akses point dari US, boleh dikenakan cukai tak? harga barang dlm lingkungan rm 1600.00. saya ada try pakai link yg bro bagi utk tgk kod tu, tp xberapa pasti. harap bro leh bg pandangan.

    • Tentang peralatan wireless nie macam Wifi saya tak berapa pasti tapi yang pasti selagi ia beroperasi dengan mengeluarkan gelombang perlu dapat permit SIRIM. Bergantung pada penjelasan pegawai kastam berhampiran anda untuk lebih tepat.

  • rizwan

    bro Mr. Shafique ada YM?? nak tanye sikit le … brg ape kah yg perlu apply AP? bro ada list nya x ?

    • ada YM. Ada banyak barang yang memerlukan AP atau permit. Tapi ada juga yang memerlukan pengesahan daripada jabatan-jabatan lain seperti Suruhanjaya Tenaga dan lain-lain termasuk ubatan. Ini kerana barangan ini adalah barangan larangan import dan memerlukan pengesahan import. Buat masa sekarang apa yang saya dapatlihat sebarang produk yang mengeluarkan gelombang memerlukan SIRIM ini termasuk handphone dan Modem WiFi.

  • noe

    salam…nak tanya..kalau nak beli telekung yang harga nya kurang RM500..still kena cukai yg 32% tu ke??

    • Elakkan menggunakan pengeposan murah seperti melalui Laut / Surface / Seamail kerana cara pengeposan ini tidak memberikan anda pengecualian cukai RM500 yang ditetapkan di Pejabat Pos dan Kastam. Jika airmail / EMS anda akan dapat pengecualian cukai sekiranya barangan dan kos pengeposan kurang daripada rm 500. Paling penting adalah invoice atau bukti pembelian untuk menyakinkan lagi pegawai kastam.

  • Ofis Boi

    Hi :

    I have a parcel of pure silver coins from overseas by airmail. These coins are gift wrapped and declared as “gift”. Will customs still tax me? As I know, these coins are worth around RM3000. It is a present, I did not purchase them, no invoice to show customs, please tell me how?

    Thanks

    • @Ofis Boi: Other than Gold Coin you have 5% + 10% tax. Without the invoice you can try to convince the custom officer about the value. They need a value so they can calculate total tax value.

      15% tax + RM 49.50 (Declaration Form)

      Tariff Code: 711810000 – Coin (other than gold coin), not being legal tender
      Import Duty: 5%
      Sales Tax: 10%

  • mad

    salam mr.shafique…nak tanya mcmana nak tau barang yg di hantar tu melalui ems , airmail atau seamail?…. sya ada order Electronic Cigarette 1 kotak dan catridge 1 kotak jumlah harganya
    USD109.98 + shipping USD49.99 tak der tax dari US…saya dh check kat Myports.net barang nie x der tariff kod…so saya harap mr.shafique bole bantu…

  • mad

    mr.shafique…nak tanya mcmana nak tau barang yg di hantar tu melalui ems , airmail atau seamail?…. sya ada order Electronic Cigarette 1 kotak dan catridge 1 kotak jumlah harganya
    USD109.98 + shipping USD49.99 tak der tax dari US…saya dh check kat Myports.net barang nie x der tariff kod…so saya harap mr.shafique bole bantu…

  • irwan

    Mr Shafique,
    Saya nak kena tanye jugak sebab dah blur la dgn kod duti kastam kat my port.
    Saya nak beli ubat rambut(hairloss treatment)jenama dia Provillus. Kos USD159.95 + shipping USD29.95.
    Berape dia punya lebih kurang cukai tu..Dah teragak-agak nak beli disamping terdesak tapi takut mahal lak kena tax karang.

    • @irwan

      Mr Shafique,
      Saya nak kena tanye jugak sebab dah blur la dgn kod duti kastam kat my port.
      Saya nak beli ubat rambut(hairloss treatment)jenama dia Provillus. Kos USD159.95 + shipping USD29.95.
      Berape dia punya lebih kurang cukai tu..Dah teragak-agak nak beli disamping terdesak tapi takut mahal lak kena tax karang.

      Yang ini saya kurang pasti tapi saya fikir terletak dalam kategori shampoo yang mana membawa cuti import 20% dan cukai jualan 10%. Ini berdasarkan kod tarif 330510000.

  • duan

    salam en Shafique,

    saya ada order barang dari US. barangnya adalah aksesori kamera DSLR.

    order subtotal : USD145.85
    shipping : USD44.85
    Grand total : USD190.70

    boleh en Shafique anggarkan, berapa yang saya perlu bayar kepada pihak kastam nanti?

    lagi satu, kalau barang sampai, nak ambik kat mana? KLIA atau Kastam Putrajaya? sebab saya buat alamat ofis di Cyberjaya. nanti kastam call ke?

    terima kasih

    p/s: kali pertama beli barang luar negara.

    • Tak pasti di mana tapi saya rasa di KLIA. Meraka akan menghantar surat notifikasi (PK1 Notification) untukmemaklumkan kepada anda bahawa bungkusan anda barada dalam tahanan kastam. Tentang barang dan aksesori DSLR ada yang bercukai dan tidak.

  • ellwkm

    Assalammualaikum,

    Saya ada bercadang untuk import kain(fabric belum berjahit) dari China.
    1. Berapa % kah tax yg akan dikenakan?
    2. Apakah cara yang paling murah untuk mengimport kain-kain tersebut?

    Sekian terimakasih.

    Ellwkm

  • naeem

    Kalau sandal crocs import makna nya kena cukai la,saya check di portal http://www.myports.net/,cukai untuk sandal murah sahaja dalam 5%.harap Mr syafique dapat membantu hal ini thanks

  • mad

    Salam bro shafique…pasal e-cig tu bole dapatkan maklumatnya di website http://www.smokingeverywhere.com…dia bukan rokok biasa yang dijual dikedai runcit tapi rokok yang smart no flame , no tar , no ash juz isap nicotine sahaja tapi still kuar asap lagi…harap bole bantu …thanx for replied mr shafique

  • irwan

    Cuma no share sikit dgn sume kawan-kawan yang nak beli handphone dari oversea, kawan saye ade beli iphone(satu je) dari Australia melalui e-bay, dia punya harga RM3000 lebih. Bila saye tanya dia berapa kena tax dia cakap tak kena pun sebab dia suruh seller tu “marked as a gift”.

    • @irwan: memang pernah ada yang terlepas begitu juga saya. Sama seperti kes di atas. Saya pernah mendapat 2 buah handphone kerana seller tersebut menandakan ia sebagai Gift. Ada beberapa tapisan terlepas pandang mungkin dalam hal ini. Cuma kebarangkalian ini terjadi tidak begitu tinggi. Sebab itu saya hari-hari melihat barangan yang diikrarkan sebagai Gift.

      Ada juga orang bertanya kepada saya kenapa Gift pun kena tahan. Saya cuba bayangkan kalau semua produk masuk ke Malaysia sebagai Gift. Cuma antara cara untuk selamat cuba letak sebagai Gift. Tapi apabila berlaku kes seperti kehilangan atau kerosakan, Gift kandungan yang diikrarkan adalah amat sukar untuk dibuat tuntutan kerana klasifikasi Gift yang terlalu luas. Walau diinsuranskan ia akan memakan masa yang panjang.

  • irwan

    Maksud Mr Shafique, tapisan itu bermaksud bungkusan kita dibuka dan diperiksa oleh pegawai kastam walaupun barang kecik macam komponen elektronik?

    • @irwan: Yup macam tue lah yang terjadi. Apabila barang kita tiba di KLIA akan ada bahagian kastam yang memeriksa sama ada barang anda diasingkan untuk pemeriksaan kastam zon anda atau pun dilepaskan (bermakna barang akan dihantar ke rumah seperti biasa). Dari KLIA mereka tidak membuka semua tapi pada pendapat dan pengamatan saya mereka melihat pada ikrar barangan tersebut dan mengasingkannya untuk pemeriksaan kastam zon anda atau dihantar seperti biasa. Sampai di zon anda seperti contoh Butterworth (mengawal dari Taiping hingga ke Perlis) bungkusan akan dibahagikan kepada dua. Satu bahagian dilabelkan untuk kastam dan dialamatkan kepada Butterworth di mana bungkusan sudah dilepaskan dari pengasingan di KLIA. Jadi bungkusan yang dialamatkan kepada kastam zon anda boleh diklasifikasikan mempunyai kemungkinan bercukai. Untuk pemeriksaan mereka akan buka tidak mengira saiz barang.

      Ada juga yang terjadi 4 kali barangan yang sama selamat dihantar ke rumah tapi kali ke lima ia ditahan kastam.

      Secara amnya tugas di atas berkait dengan tatakerja kastam dan di luar pengetahuan saya. Secara dasarnya itulah yang dapat saya rumuskan.

  • Amad

    Salam…En.Shafique,saya nak tahu tentang pengiraan cukai eksport..Saya sudah lawati laman web myports.net…Disini saya nak tanya en.shafique..jika di ruangan import rates and sales tax is 0…Maksudnya barangan ni tak dikenakan cukai ke ?Terima kasih…

  • Abu

    Salam Mr. Shafique,

    Saya ada membeli barangan2 lelong dari Jepun dengan bantuan sahabat baik saya yang sememang orang Jepun. Semalam barang tersebut telah sampai di Kastam Pejabat Pos Malaysia Ipoh tetapi memandangkan saya tiada di Ipoh, saya meminta tolong ibu saya untuk mengambil barang tersebut.

    Apa yang mengelirukan ialah, barangan2 lelong tersebut semuanya berjumlah lebih kurang 4700 YEN = RM 175.53 dan Kos shipping airmail ialah 5600 YEN = RM209.15.
    Jadi jumlah keseluruhan ialah RM 384.68.

    Pegawai Kastam meminta ibu saya membayar sebanyak RM150 untuk mengambil barang tersebut tetapi ibu saya tidak membawa duit yang cukup kerana dia ingat hanya datang untuk ambil barang sahaja.

    barangan2 lelong tersebut terdiri daripada parts2 kereta untuk kegunaan sendiri seperti used steering wheel , used clutch hose brake hose , used rigid mounting bar/rods (besi2 untuk kukuhkan chasis kereta , tak besar dan panjang, hanya lebih kurang 30cm panjang). Ada juga barang baru seperti gasket enjin kereta dalam barangan lelong tersebut.

    Persoalan saya, mengapa masih dikenakan cukai sebanyak RM150 , padahal jumlah nilai barangan tersebut + shipping cost hanya RM 384.68? Bukankah barangan + shipping cost yg kurang atau sama daripada RM500 tidak dikenakan cukai?

    Saya melihat website yang En. Shafique berikan iaitu myports.net , dan cuba menaip steering wheel sebagai satu contoh barang saya yang ditahan, terpapar disitu 0 di semua bahagian.Maknanya tiada cukai kan?

    Saya benar2 keliru sekarang ni. kebanyakan barang tersebut adalah used item dan ada sedikit new item , tetapi semuanya adalah barangan lelong.

    • Boley tahu tak apa jenis pengeposan yang di gunakan? Seamail? Airmail atau EMS? Jika seamail bawah RM 200 sudah bercukai sekiranya barangan tersebut bercukai dan jika lebih RM 200 anda dikehendaki membuat borang ikrar kastam. Jika pengeposan melalui seamail anda memang dikenakan cukai dengan jumlah harga tersebut. Hanya airmail dan EMS diberi pengecualian cukai sehingga RM 500 (shipping + barang). Mungkin steering wheel tidak mempunyai cukai sebaliknya item lain.

      Cuba pastikan apa jenis shipping yang digunakan. Jika airmail atau EMS dan jumlah shipping serta harga kos bawah dari RM 500 memang tidak dikenakan cukai. Sekiranya anda pergi menuntut barang itu selepas ini perhatikan di surat JK78 yang diberikan anda akan lihat tertera istilah FOB (nilai barang) dan FRT (shipping cost). Sila pastikan adakah ini sama dengan invoice dan kadar shipping yang tertera pada consignment bungkusan anda.

      • Abu

        Jenis shipping yang digunakan ialah AIRMAIL PARCEL POST SAL dari Jepun.
        Invoice yang tertera dalam bungkusan adalah seperti yang saya nyatakan dalam post sebelum ini iaitu 4700Yen+5600Yen = RM384.68.

        Tadi ibu saya pergi lagi ke kastam pejabat pos Ipoh, saya menelefon ibu dan menyatakan AIRMAIL bawah RM500 (kos barang dan shipping) tidak dikenakan cukai. Tetapi pegawai kastam disitu tiba-tiba menyatakan yg hanya pos EMS bawah RM500 tidak dikenakan cukai. Jikalau menggunakan AIRMAIL dikenakan cukai 40%. Hmmm… memang betul-betul mengelirukan.

        • Airmail Parcel Post SAL tue dalam kategori seamail sebab SAL = Sea Air Lifted. Dalam kerja saya SAL memang dalam kategori seamail sebab dia bukan priority mail. Hmm pelik juga kerana saya pernah mendengar pernyataan begitu. Setakat saya faham sehingga hari ini hanya Airmail Parcel dan EMS mendapat pengecualian cukai di bawah RM 500.

          This is a service where international mail is handled as surface mail in both Japan and the destination country and as airmail between the two countries. The service is faster than surface mail while the cost is lower than airmail.

          Dipetik daripada: http://www.post.japanpost.jp/int/service/dispatch/sal_en.html

          Tentang SAL bro Abu boleh tengok link yang dipetik daripada Japan Post tentang SAL. Jika SAL tidak ada pengecualian cukai.

  • Abu

    Salam Mr Shafique,

    Merujuk kepada : SALES TAX (EXEMPTION ) ORDER 1980 SCHEDULE B
    Perkara 109 Order – page 13 – item 109

    dan juga CUSTOMS DUTIES EXEMPTION ORDER 1988 SCHEDULE
    Perkara 172 Order – page 18 – item 172


    Persons:
    Any person importing goods using air courier service

    Goods Exempted:
    All goods excluding cigarettes, tobacco and intoxicating liquor.

    (i) That the goods are imported by any person using air courier service through the following international airports – (a) Kuala Lumpur International Airport, using Sepang air cargo express; (b) Bayan Lepas (Penang); (c) Senai (Johore Bahru); (d) Kota Kinabalu; (e) Kuching; and (f) Subang; (ii) that the goods imported are of a total value not exceeding RM500.00 per consignment C.I.F

    Certificate to be signed by: Certificate not required”

    Perkara di atas tidak menyebut tentang spesikasi jenis servis mel udara yang dikecualikan cukai.

    Membicarakan tentang SAL:
    SAL (Surface Air Lifted) adalah sejenis servis mel udara yang diwujudkan dari idea jalinan hubungan antara International Air Transport Association (IATA) dan Universal Postal Union (UPU) untuk memaksimakan pengunaan pengangkutan udara bagi tujuan pengangkutan mel. (Rio Congress 1979)

    Persoalan IATA/UPU kommitee pada masa itu ialah bagaimana jalan mereka dapat menukarkan kesemua atau sebahagian mel yang pada masa itu dihantar melalui cara darat (surface means) kepada pengangkutan udara (Air). Dari situlah wujudnya akronim SAL (Surface Air Lifted) yang kini secara universal digunakan untuk mengkategorikan mel udara ini.

    Apa yang membezakan antara kedua-dua mel udara pantas (Airmail dan SAL Airmail) adalah SAL tidak begitu mengikut masa yang ditetapkan , mempunyai masa transit yang lambat tetapi dengan kadar yang lebih murah (kerana pengurangan atau penghapusan surcaj pengangkutan udara).

    Dipetik dari Buku : “History of Air Cargo and Airmail from the 18th Century”(Page 361-362)
    Boleh dirujuk di google books: History of Air Cargo and Airmail (361-362)

    Jadi pada pendapat saya kurang tepatlah jikalau SAL dikategorikan sebagai seamail kerana medium pengangkutan yang digunakan oleh SAL untuk menghantar mel dari Jepun ke Malaysia adalah dari medium pengangkutan udara dan juga akan tiba di cargo Sepang KLIA seperti tercatat didalam kedua-dua order pengecualian tax Kastam Diraja Malaysia.

    Bagaimana pula dengan pendapat En. Shafique? Bolehkah En. Shafique mengajukan persoalan ini kepada rakan-rakan kastam yang arif tentang undang-undang ini?

    • Yang ini saya perlu rujuk kepada pihak Kastam Di Raja Malaysia sendiri kerana sebelum ini beberapa tahun yang lepas kami tidak mempunyai pengecualian cukai. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini ada pengecualian cukai mengikut jenis shipping dan barang. Ini tertakluk di dalam perintah kerja Kastam dan saya akan rujuk kepada mereka untuk kepastian anda serta semua pembaca lain. Terus terang amat menarik info yang saudara utarakan ini.

      Pembetulan: Daripada maklumbalas yang terima daripada pihak Pos, Airmail SAL tergolong di dalam Airmail tapi ia kategori 2nd Class Airmail. Terangkan kepada pegawai kastam di situ bahawa AIrmal SAL adalah airmail di mana anda ada pengecualian cukai di sehingga RM 500. Dahulu pegawai kastam di sini juga mengajukan soalan yang sama. Harap anda dapat mengatasi masalah ini.

  • Abu

    Terima Kasih banyak-banyak En. Shafique kerana sedia membantu saya untuk mengatasi kekaburan dan menjelaskan perkara sebenar tentang isu ini. Di harap perbincangan informatif kita ini dapat membantu rakyat Malaysia lain di masa akan datang. Saya akan ajukan kesemua ini kepada pegawai Kastam yang bertugas di cawangan Pejabat Pos Malaysia Ipoh.

    Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

  • man

    Salam Shafique, nak tanya tentang AP adakah laptop dan komputer from oversea mesti ada AP?
    jika perlu berapa harga AP bagi tiap unit laptop?

    • Yang nie tak sure la sebab kami tak cover sampai import laptop dan komputer dalam jumlah yang banyak. Tapi laptop ngan komputer tak ada cukai kalau di pos dalam jumlah yang sikit. Cuma jika value tinggi akan dikenakan ikrar kastam. Sila rujuk dengan laman web kastam di raja Malaysia untuk perincian.

  • pp

    kalau sya da terimport barang dari jepun “handphone” kira2 rm 1500 melalui pos, macam mna 2 ya..kawan2 kata perlu permit import dr sirim terlebih dahulu.Tapi masalahnya brg 2 da smpai kat bungkusan pos dan saya belum ada permit lagi?

    • pp tunggu dlu atau pon leh track kat pejabat pos. Jika ditahan kastam dia akan kuarkan surat (PK1) untuk memberitahu yang bungkusan pp dah ditahan. Sampai sana, pihak kastam akan bagi maklumat yang diperlukan barulah pergi ke SIRIM untuk dapatkn permit. Selepas dapat permit, kembali ke pejabat pos tersebut dan bersedia untuk proses seterusnya iaitu Borang Ikrar Kastam. Agak ambil masa sket jika orang ramai :)

      Anda boleh terus ke bahagian tahanan kastam di pejabat pos sekiranya anda telah track melalui internet. Tarikh ditahan amat penting buat kami supaya memudahkn mencari bungkusan anda :)

  • azemiel

    encik shafique
    Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Tidak bercukai)
    tu tak kira apa barang ke.
    lagi satu boleh tak kau rujuk website ni http://tariff.customs.gov.my/

    • Bawah RM 500 dapat pengecualian cukai. Barang pe pon sama sepanjang pengalaman saya. Cuma ada sesetengah barangan memerlukan permit atau pun kebenaran import. Setakat ini bawah RM 500 mmg tidak bercukai. Tapi bergantung juga dengan cara pengeposan (method of shipment).

  • Kak Nor

    Mr Shafique,
    Asslamualakum , semuga tuhan merahmati anda kerana selalu membantu orang memerlukan pertolongan. Nak minta tolong selesaikan masalah kawan kakak ni. Dia terima parcel dari kawan yang tinggal di london.Nama syarikat tu DHA LOGISTIC SERVICES LONDON. Office yang base kat klia s21,s22, main terminal building, Mezzanine Level, KL International, 64000 klia malaysia. Tel : 012 6640750 Fax : 03 64387655 , call dia suruh bayar RM2950 untuk clearance. Yang peliknya dia suruh bayar through bank yang dipunyai individual bernama NUR SHAFIQAH PEK ABDULLAH dlm ac CIMB 1251-0076764-520 . Kakak dah larang dia dari bank in tapi dia degil than ari ni dia bagi tau syarikat tu call bagi tau tak dapat nak release lagi barang tu walau kawan akan dah bank in duit.
    Mcm mana nak convince kawan akak yg dia ni dah kena tipu? cos dah search tak jumpa pun syaikat DHA Logistic London tu ….

    • Waalaikumsalam akak :) Kes macam nie pernah berlaku sebanarnya. Ada beberapa kemungkinan cuma kebenarannya pihak-pihak tersebut tidak berkuasa untuk menerima pembayaran terlebih dahulu kerana mereka penyedia perkhidmatan di mana siap servis baru bayar. Dalam akhbar dalam tahun ini beberapa kali telah diberi amaran yang mana ada pihak tertentu menghubungi mangsa mengatakan barangan di tahan pihak berkaitan (selalunya kastam) dan memerlukan sejumlah amaun pembayaran untuk clearance/pelepasan. Mereka menggunakan cara ini sebagai modus operandi mereka dan dikata masih aktif dengan cara begini. Jika ia dihantar menggunakan syarikat courier, mereka akan menghubungi anda dahulu untuk memberitahu jumlah pembayaran yang perlu disediakan apabila barang dihantar ke depan pintu. Courier atau pihak Kastam terutamanya tidak akan meminta kita memasukkan wang ke dalam akaun tertentu terlebih dahulu untuk pelepasan barang.

      Kita sepatutnya tidak memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga tanpa usul periksa. Beberapa kes berlaku di seluruh Malaysia seperti di atas. Pihak kastam juga pernah membuat pernyataan di TV tentang perkara ini dan menasihatkan supaya kita tidak terpedaya dengan panggilan seperti ini. Cuba buat laporan polis buat masa ini. Jika alamat tersebut tidak sah atau betul bermakna ada yang tidak kena. Walau pun syarikat ini ada, apa bukti untuk kita ambil barang tersebut. Wujudkah barang tersebut?

      Semoga dapat membantu Kak Nor dan sahabatnya serta pembaca lain Insyaallah :)

  • azemiel

    encik shafique kalau dvd tu ade cukai gak ke

  • [...] on Elak Dicukai KastamMr Shafique on Elak Dicukai Kastamazemiel on Elak Dicukai KastamKak Nor on Elak Dicukai KastamMr Shafique on Elak Dicukai Kastam [...]

  • pp

    Tq Mr.shafique maklumat anda amat berguna.

  • Farid

    Nak tanya. Saya ada beli electronic training kit dari singapore. Sy beli 5 biji. Total termasuk shipping cost dkt RM 10k. Sepatutnya sampai jumaat lepas tapi sangkut dkt KLIA. Dieorg pos guna UPS. Apa perlu saya buat? Agak2 berapa jumlah cukai eh? Saya nk guna utk research purpose, bukan nak jual. Harap dpt bantu.

    • Kalau di pos pakai UPS dari Singapore selalunya syarikat courier tersebut akan menguruskan semuanya. Barang elektronik nie ada pelbagai kategori jadi susah nak ditentukan. Jika kegunaan untuk research anda boleh cuba hubungi UPS berkaitan barangan anda dan sertakan sebarang dokumen sokongan research anda untuk sokongan mungkin dapat mengurangkan cukai :)

  • Farid

    Tapi setakat ni pihak UPS tak contact saya pun. Perlu ke sy contact dieorg?

  • MUSE_3COLOUR

    Hi Admin,
    Saya Muse dr Melaka.Untuk pengetahuan admin,saya dan rakan2 saya akan ke China selepas raya ini..jadi saya nak tanya berapakah cukai untuk barang2 ini dan macam mana dgn pengiraannya..
    1)Crocs(kasut&sandal)
    2)Kasut kanak2(tapi berjenama)
    3)Pakaian kanak2(Branded etc:OSHKOSH/GAP dll)
    4)Kasut Dewasa(tapi berjenama)
    5)Aksesori kanak2
    Untuk pengetahuan Admin,saya dan rakan2 berkongsi 1 kontena untuk penghantaran disini.

    Please advice.

    Rgds,
    MUSE

    • Hi Muse!~ Barangan di atas mempunyai peratusan cukai yang berlainan dan berada di dalam beberapa kategori di mana perlu diperincikan. Jika anda ingin menggunakan penghantaran secara kontena saya cadangkan anda merujuk kepada syarikat servis Logistic & Forwarding kerana mereka mempunyai lesen untuk menguruskan pelepasan barang dari kontena sehingga sampai ke destinasi dan mereka amat arif tentang perkara ini. Setahu saya prosedurnya sedikit berlainan dan sebarang pengecualian cukai yang anda baca di pos ini tidak diterima pakai di perlabuhan. Sila rujuk terus kepada Syarikat Logistic & Forwarding supaya anda mendapat gambaran sebenar.

  • mol

    mlm… ni nak tanya ckit ni.. jika ada barang-barang yang telah di tahan oleh kastam contoh barang dari luar negara, dengan siapa kita harus berhubung?

    • Pertama sekali anda perlu tahu di mana ia ditahan. Sekiranya melalui pos, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan 1 300 300 300 untuk mengetahui status dan lokasi barangan anda. Itu jika anda menggunakan perkhidmatan pos (postal service) dari luar negara ke Malaysia. Kerana di dalam Malaysia ada beberapa pejabat pos yang mempunyai Unit Tahanan Kastam di mana unit ini memeriksa dan menahan barang-barang yang dirasakan perlu mengikut tatacara kerja kastam. Sekiranya pengirim menggunakan khidmat courier seperti UPS atau DHL (sekadar menyebut beberapa nama), anda perlu berhubung dengan mereka secara terus. Kebaikan courier ini adalah mereka akan menyediakan semua yang diperlukan untuk pelepasan dan anda hanya tunggu sahaja. Anda boleh berhubung dengan kastam terus tapi beberapa maklumat seperti nombor bungkusan (airway bill / parcel number) perlu disediakan. Sekiranya barang melalui kontena dan sampai ke perlabuhan, anda perlu melantik agen (courier/ forwarding & logistic company) untuk melakukan ikrar dan pelepasan. Saya kurang tahu tentang perlabuhan dan kontena tapi yang pasti pengecualian cukai yang diterima pakai di Unit Tahanan Kastam, Pos Malaysia Berhad adalah tidak sama.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>