Info

Penipuan Pelepasan
Pelepasan Kastam
Kadar Tukaran Wang Diguna Pakai Kastam

Sponsor


Elak Dicukai Kastam

* Hanya untuk barangan di tahanan kastam Pejabat Pos.

Ramai kenalan berulang kali bertanyakan soalan yang sama kepada aku. Ini kerana tugas aku berkaitan dengan kemasukan barangan dari luar negara yang menggunakan khidmad pos dan EMS (Express Mail Service). Kebanyakan mereka selalu bertanyakan kepada aku ” Berapa nilai barang yang boleh kena tax? “. Aku tidak boleh menyatakan secara terperinci tapi secara asasnya aku dapat huraikan di bawah bagi panduan anda semua yang mahu mengimpot barangan luar ke Malaysia atau pun menghantar barangan dari luar ke Malaysia.

Di bawah aku ringkaskan maklumat mengikut jenis cara penghantaran bungkusan anda:

Penghantaran Melalui EMS
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Tidak bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 500 (Bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Perlu isi Declaration Form dan dicukai sekiranya item tersebut mempunyai cukai)

Penghantaran Melalui Udara (Airmail)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Tidak bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 500 (Bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Perlu isi Declaration Form dan dicukai sekiranya item tersebut mempunyai cukai)

Penghantaran Melalui Laut (Seamail)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 200 (Bercukai sekiranya item mempunyainilai cukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 200 (Perlu isi Declaration Form dan dicukai sekiranya item tersebut mempunyai cukai)

Namun barangan yang tertakluk pada syarat import perlulah dirujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mengetahui prosedur import. Sebagai contoh telefon dari luar negara perlu mendapatkan AP/Permit dari Sirim sebelum boleh ditaksir oleh pihak kastam untuk proses seterusnya.

Apa yang anda baca ini hanyalah teori sahaja. Sekiranya anda mahu lebih maklumat lanjut sila hubungi Unit Bungkusan Kastam kawasan anda.

  • Yahoo Bookmarks
  • Twitter
  • Windows Live Spaces
  • Facebook
  • Blogger Post
  • Spurl
  • Slashdot
  • Google Bookmarks
  • Google Reader
  • MySpace
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

485 comments to Elak Dicukai Kastam

  • Irwani

    Assalam En.Shafique

    Ni nak tanya pendapat En.Shafique, saya ingat nak beli motherboard laptop saya dengan harga RM450 skali shipping dari Hong Kong. Kalau sampai kat Malaysia agak2 kena tahan kastam tak yer?

    • W’salam Irwani. Jika bawah dari RM 500 dan shipping selain dari Seamail, tak ada cukai. Cuma tahan atau tidak saya tidak pasti kerana pemilihan untuk penahanan bungkisan terletak pada kastam. Pastikan invoice diletak bersama bungkusan ya :)

  • Irwani

    Ye ke..Sbb takut pula nanti tak pasal2 kena tahan kastam,nak keluar duit lagi.Ingat nak boleh jimat ckit last2 rugi pula. Harap2 nasihat En.Shafique ini dapat membantu dan menjadi panduan berguna kpd saya.Terima Kasih.

    • Terima kasih juga buat Irwani ya. Cuma berpegang kepada nilai bawah Rm 500 dan shipping selain seamail, anda tidak dikenakan cukai. Ada masanya kastam tahan barangan anda tapi apabila sampai untuk membuat pelepasan dan setelah meneliti dokumen anda tidak dikenakan cukai. Sebab itu saya boleh menjamin tidak bercukai atau tidak tapi untuk tidak ditahan ia di luar kotak pemikiran saya :)

      Ganti mobo power sket eh Irwani? ;)

  • Ben

    Hi Shafique, terima kasih dengan segala bantuan dan huraian dalam meleraikan kekusutan orang awam mengenai pelepasan kastam dll. Boleh terangkan apa akan berlaku sekiranya barang yang dibeli dari luar negara tidak disertakan invoice oleh penjual dan kini ditahan oleh pihak kastam. Saya contohkan buku yang tidak dijual di negara kita, dibeli dengan harga kurang RM500 beserta kos penghantaran(saya tidak pasti ada cukai atau tidak). Juga tolong huraikan secara ringkas maksud duti,eksais,ikrar atau beberapa istilah lain(yang selalu dibincang di blog ini)agar orang awam lebih faham istilah tersebut. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Semoga maju jaya.

    • Hi Ben!~

      Jika bungkusan yang tidak disertakan invoice dan ditahan, pihak kastam akan meminta penerima mendapatkan invoice atau bukti pembelian untuk dijadikan rujukan nilai. Buku tidak mempunyai cukai cuma jika nilainya lebih dari nilai pengecualian cukai, hanya perlu membuat Borang Ikrar Kastam sahaja.

      Cadangan Ben amat baik sekali tentang maksud istilah kastam yang digunakan di sini. Satu idea yang menarik dan berguna. Saya akan cuba sediakan dan membuat rujukan lagi.

      Terima kasih ya Ben kerana sudi memberikan idea dan pandangan anda :)

  • din

    Salam En Shafique,

    kalau PEN atau JAM bernilai lebih RM500 pun ikut pengiraan di atas ke tak de tax? ada cara lain utk skip tak? eg. buat kiriman fedex ke

    regard

    • Pen tak sure ada cukai or tak tapi Jam tak der cukai. So apply kepada formula yang berada di post atas sana. Cara untuk skip eh? Tak sure la plak sebab apa courier pon as long import mmg kastam akan periksa. LEpas or tak selalunya bg pandangan saya ialah terletak pada bidang kuasa kastam.

  • diana

    salam.i nk beli handphone dari us.harga dia usd699.ada cara x i nak lepas dari cukai kastam atau AP dari SIRIM?i dengar kata kalo barang tu declare as gift item bleh lepas?

    • Saya dengar kalau nak elak semua tue better hand carry. Ramai juga orang kata mcm tue. Ramai orang beranggapan bahawa jika declare as gift boleh lepas tapi sebaliknya yang terjadi di dalam pengalaman kerja saya jika declare Gift itu la yang paling wanted untuk diperiksa kastam. Sebab banyak kali bungkusan yang declare as gift dibuka mengandungi barangan larangan import seperti decoder satelit, handphone (kebanyakannya), buku-buku larangan dan alat sex stimulant.

  • ila

    salam…. last week saya ada beli 2 buah sony ericsson yang berlainan model…harga 2 buah sony ialah USD248 termasuk shipping cost. Supplier tu guna DHL untuk penghantaran dan katanya akan terus sampai ke rumah tanpa melalui kastam. . tapi phone ni saya perlukan sticker sirim. kalau sampai terus ke rumah sudah tentu saya dapat elak cukai tapi bagaimana nak dapatkan pengesahan/sticker sirim tu? sebab phone ni nak tolak kat orang jadi kalau xder sticker to macam maner? …..tolong bantu

    • Selalunya kalo courier mcm DHL mereka akan uruskan semuanya berkaitan permit dan sebagainya. Mereka akan beri resit kepada anda dan selesai. Sebab apa courier pon akan ada kastam check untuk setiap kemasukan. Cukai akan dimasukkan ke dalam resit tersebut berserta kos2 lain yang akan mereka nyatakan. Itu kata kawan saya yang berurusan dengan courier tidak lama dahulu. saya kurang pasti dapat elak cukai jika guna courier sebab saya ada kenalan runner courier yang ada membuat permohonan sirim on behalf customer. Lepas selesai diorang hantar sampai rumah dan bagi resit.

      kalo terlepas pandang oleh kastam dan sampai anda perlu ke sirim untuk membuat AP atau permit.

  • diana

    tadi mr shafique x pegi solat jumaat ker?anyway, kalo lepas dari kastam x buat AP pun xper kn?

    • Pegi ler nape nyer idak plak. pas reply turun le mayang mesjid depan mata nie. kalo tak gie mmg jahil sesungguh. hik3. Kalo lepas tak der AP pon manyak gak orang jual kira orang kata uderwater set la gitu. Tapi salah le di sisi undang2 boleh dirampas gitu tapi itu kata kastam la. Janji lepas pandai2 la lepas tue :P

  • Palie

    Mr Shafique,

    Terima kasih2 bnyk2 atas segala info yg berguna berkenaan kastam, cukai dan sbagainya…saya nak beli jam yg berjenama dari ebay…harga dlm USD 54.99+ shipping cost via EMS USD 31.50 = USD 86.49 (lebih kurang RM 300 la)..so x kene tax kan??n then,..perlu tak saya mintak invoice dari seller sblum buat pembayaran melalui PayPal??atau dalam kes ni xperlu invoice langsung???

  • Md Nor

    Salam bro…saya hendak membeli handphone sony ericsson dari US harga termasuk shipping cost USD340 @ rm 1100.00.Once sampai kat sini berapa tax yg saya perlu bayar dan adakah dikenakan apa2 declaration form.tolong berikan sedikit penjelasan.terima kasih.

  • man

    salam bos,

    nak tnya skit pasal tax clearence ni…sy ada survey lens dslr nikon, type tokina 11-16mm f2.8 kt ebay..rege dlm usd 593 + shipping 25…dia pkai forwarder DHL…agak2 berapa kena tax cz kalu kira lens dh lebih rm1000…igt nk beli by paypal credit card…sy ada gak tgk kt ebay yg bali free world wide courier..takut nati ckp je free, tp dh sampi kena gak byar…

    dh baca thread kt atas psl camera dslr ni, tp xberapa paham..mintak tolong bro..
    kindly advice…

    • lens nie tak der cukai. Cuma tak pasti kalo melalui courier ada atau tidak pengecualian. Macam kalo masuk melalui pos, kami ada limit lebih daripada RM 1000 baru la perlu ikrar. Kalo DHL saya cadangkan anda berhubung terus dengan mereka.

      Memang free shipping worldwide. Dia hantar jer tapi kos2 lain selepas itu selalunya jatuh kepada penerima. Wow.. menarikk lense tue.

  • man

    salam bos,

    nak tnya skit pasal tax clearence ni…sy ada survey lens dslr nikon, type tokina 11-16mm f2.8 kt ebay..rege dlm usd 593 + shipping 25…dia pkai forwarder DHL…agak2 berapa kena tax cz kalu kira lens dh lebih rm1000…igt nk beli by paypal credit card…sy ada gak tgk kt ebay yg bali free world wide courier..takut nati ckp je free, tp dh sampi kena gak byar…

    kalu ikut code
    ‘900651000 - – with a through-the-lens viewfinder (single lens reflex (slr)), for roll film of a width not exceeding 35 mm’cam 0% je…

    kalu lense jenis 18-200mm, 70-200mm camner lak?

    dh baca thread kt atas psl camera dslr ni, tp xberapa paham..mintak tolong bro..
    kindly advice…

    • saya tak pasti tentang tue sebab bagi kami lense kamera sama sahaja. saya pernah jumpa lense yang harga dia RM 45k tapi tak der cukai cuma kena declare sahaja dan saya diingatkan bahawa lense memang tak ada cukai..

  • wjsme

    Salam….saya ada kwn dr dublin, ireland hantar parcel.
    Pagi tadi ada sorang perempuan cina guna no hp call
    katanya parcel tu overweight, saya kena bayar RM1000++.
    Kalau saya tak bayar, parcel tu akan dipulangkan balik ke dublin
    ke macammana?

  • along

    salam..saya ada beli lampin moden/cloth diapers direct dari cina..adala dlm 54lai..dalam invoice declare USD54,tapi kena tahan kastam,kos pelepasan jer dah rm180++,campur kos pos hantar ke kuantan jadi rm230.80 campur plak dgn rm49.5(lantik agen dr pos laju)..dekat 300 tu..adoii..tipon balik mintak kurang katanya lampin mmg kena tax tinggi dalam 30-32%.sama macam beli pakaian.tak kirala for personal use/tidak.camna lak depa kira sampai tax jadi 200 lebih tu?

    • Cloth diapers nie tax 32% tambah dengan kos pelepasan RM 49.50 (borang ikrar kastam) + RM 31.50 kos penghantaran (jika nilai barangan lebih Rm 1000 ini akan dikecualikan.)

      Dia sama macam pakaian personal use atau tidak dia kira berdasarkan import.

  • dhieya

    Salam En. Shafique,
    tumpang tanya, sy b’cadang utk order DVD drpd kwn sy di Jepun. adakah kemungkinan DVD t’sebut akan dikenakan cukai? dan harga DVD tersebut lebih kurang RM250 t’masuk shipping cost m’gunakan EMS.
    soalan lain, adakah sy akan dikenakan cukai t’hadap DVD yg diorder drpd website spt CDJapan dan YesAsia?
    Ini kerana kwn sy tlh order DVD drpd YesAsia n stuck kat Kastam. pastu, x lama kemudian kwn sy ckp YesAsia tlh ship smula DVD t’sebut krn DVD t’sbut dikira sbg lost item. sy confuse dgn apa yg b’laku.

    terima kasih krn m’bantu

    • Uiks Jdrama ke Jpop? Jika menggunakan EMS dan bawah RM 500 tidak bercukai. Kemungkinan ditahan saya tidak dapat pastikan kerana ia terletak di bawah bidang kuasa kastam sendiri. DVD dan cd ada 10% cukai. Cuma jika bawah RM 500 setelah dicampur dengan shipping cost, memang tak ada cukai. Lebih RM 500 ada cukai 10%, lebih RM 1000 ada cukai 10% + Borang Ikrar Kastam (RM 49.50).

      Ini mungkin kerana kegagalan YesAsia track DVD tersebut membuatkan mereka declare as lost item dan hantar gantian.

      • dhieya

        owh, terima kasih En. Shafique krn m’bantu sy… emm… JPop… jd, samaada ia akan ditahan @ tidak mmg t’pulang kpd kastam la ye…
        terima kasih sekali lagi…

  • ila

    kalau guna DHL memang akan lepas kastam ker? Macam mana pulak dengan ems? EMS memang diuruskan oleh pos malaysia ker? kalau order mp5 dan LCD tv kena cukai berapa yer?… sorry ler sebab banyak tanya……..thanks anyway…

    • Menda2 nie tak salah saya ada 10% cukai. LCD memang ada 10% cukai gitu. 10% diambil daripada harga barang +shipping cost. EMS memang diuruskan oleh Pos Malaysia dan lebih tepat PosLaju. Kalo DHL pon kena tengok gak sebab ada certain area dia akan masuk melalui EMS iaitu PosLaju.

      Courier juga akan diperiksa kastam cuma tak pasti lepas atau tidak kerana pihak kastam memantau setiap pintu masuk import.

  • Bandit

    Mr Shafique, Jika 3 bungkusan berlainan (barangan yang berlainan dalam setiap satu) tiba dalam masa/hari yang sama melalui EMS, setiap satu kurang daripada RM500 (CIF, barangan + shipping), adakah pihak Kastam berhak tambahkan nilai ketiga-tiga bersama supaya nilainya pasti melebihi RM500? Setahu saya setiap invoice/hantaran/”shipping” adalah berasingan.

  • wengloon

    Hi, selamat pagi. Nak tanya sikit, saya ingin membeli second-handed barang mainan daripada US (via eBay), dan toy it ada sikit electronic komponen dlmnya (i.e. mainan itu akan bergerak bila dipasang dengan bateri AA dan lampu LED akan menyala). Bg kes ini perlukah dpt permit dari sirim? (since brg mainan ni sepatutnya tergolong dalam ‘toys’). Harap mr shafique dpt beri sdkt panduan. Thanks

  • Bandit

    Terima kasih, Satu lagi soalan: Saya agak kerap membeli dari “online retailer” di luar negara, dan menghantar barang melalui air mail/EMS dan saya cubah pastikan CIF barangan saya kurang daripada RM500. Pihak kastam memberi alasan bahawa saya tidak boleh tuntut perlepasan cukai (atas alasan saya membuka menjalankan business jualan/pengimport/”retailer”), walaupun barang tersebut adalah untuk kegunaan sendiri, di”declare” sebagai “merchandise” (bukan “gift” untuk elakkan cukai) dan mempunyai bukti pembayaran yang sebenar (“not under declared” untuk elakkan cukai). Adakan pihak kastam berhak berbuat demikian?

  • WengLoon

    Oh, i see. Terima kasih byk atas infomasi yg diberi.

  • Yanto

    hello bro shafique,saya ada membeli 2 unit handphone dari china,cost+shipping RM 1260//
    berapakah cost kastam dan lain2 cost yang saya perlu bayar?
    adakah lain2 perkara yang saya kena buat?

    • Saya assume 2 buah handphone ini sama jenis dan jenama.

      1 Permit Sirim RM 200 + 10% Cukai + RM 49.50 (Borang Ikrar Kastam) = Jumlah yang perlu dibayar

      Saya anggap 2 handphone berlainan jenama dan jenama:

      2 Permit Sirim x RM 200 + 10% Cukai + RM 49.50 (borang Ikrar Kastam) = Jumlah yang perlu dibayar.

  • Yanto

    Terima kasih,
    1 lagi soalan adakah saya perlu ke sirim terlebih dahulu untuk mendapatkan permit sirim?

    Terima kasih untuk segala info.

  • Riz

    Mr Shafique..

    note matawang asing boleh import tak?
    nak beli note zimbabwe yang trilion2 tu kat ebay dari US..

    kalau byk2 lebih rm500 termasuk dalam kelas mane tax die and brape?

  • annisa

    Mr. shafique,

    saya ada beberapa soalan, boleh tolong jelaskan :

    1. saya ada beli telekung dari indonesia sebanyak 15 telekung (+/- 2 kg). harga telekung dan pengiriman via pos adalah sekitar RM 500. Adakan ini akan dikenakan cukai atau bea masuk.?

    2. bila saya membuat pembelian itu berulang kali tetapi dengan berat hanya 2-3 kg (15-20 telekung) adakah saya harus membayar cukai ?

    3. kalaupun dikenakan cukai,berapa besar yang harus dibayar ?

    terima kasih,

    • Berulang kali tidak kena cukai melainkan beberapa bungkusan annisa ditahan bersama serta didaftarkan bersama di dalam sistem kastam.

      Jika di bawah nilai dan pengecualian cukai anda akan dikecualikan cukai.

      cukai pakaian adalah 32% dan diambilkira berdasarkan kos shipping + nilai barangan.

  • Ana

    Assalamualaikum,

    Saya masih lagi kurang faham dengan proses penghantaran barang dari luar negara ke Malaysia dan maklumat berkenaan kastam ini.

    Boleh Encik jelaskan apa yang patut saya buat sekiranya saya nak menghantar barang ke Malaysia melalui pos dari Ireland? Saya ingin menghantar dslr yang saya beli di sini kepada family saya di Malaysia. Harganya dalam rm3500.

    Saya difahamkan bahawa dslr tak perlu cukai. Perlukan saya isi declaration form tu? Macam mana saya nak attach borang tu bersama2 barang yang saya hantar?

    Harap dapat membantu.

    • @Ana

      Sertakan invoice bersama atau bukti pembelian. Borang Ikrar kastam tersebut hanya akan dikeluarkan untuk penerima ketika penerima diberi notis tahanan di mana jika dslr tersebut ditahan. Ketika proses pelepasan barulah akan dikeluarkan borang ikrar kastam tersebut.

  • amir

    salam en. shafique…saya bercadang membeli pakaian dari indonesia dan dikirimkan melalui EMS..masalah saya harga tersebut dalam lingkungan rm 8k termasuk shipping..adakah diperlukan declaration form? adakah pakaian dikenakan tax dan berapa nilainya?

    • Salam amir :)

      Nilai rm8k eh? Adakah penghantaran menggunakan EMS atau Airmail? Pakaian mempunyai cukai sebanyak 32% dan jika bernilai lebih seribu anda juga akan dikenakan Declaration Form yang mana akan dibuat oleh agen yang mempunyai lesen.

      Cukai 32% + RM 49.50 = Jumlah kasar yang perlu disediakan.

      Bagi kemasukan pintu masuk import pejabat pos ada pengecualian cukai di bawah RM 500. Sila rujuk pos pertama.

  • rin

    Salam saya berminat nak berniaga lampin bayi dan ingin mengimport cloth diaper baby dari china sebanyak 1000 keping, apakah cara pengeposan yang sesuai untuk saya dan berapakah cukai yang akan dikenakan? serta apakah prosedur yang terlibat? Terima kasih

    • Lampin eh? Jenis kain ke rin? Sebab banyak saya tengok lampin ada cukai agak tinggi jugak 32% tak salah saya. Kena tengok juga material lampin tersebut. Jika kain memang akan ada 32% cukai. Lampin orang dewasa pula 10%. Agak lama tidak jumpa orang import lampin tapi saya akan periksa dan update semula berserta kod tariff bagi lampin.

      cara pengeposan saya tak pasti cuma jika guna Airmail atau EMS ada pengecualian cukai di tahap RM 500 tapi shipping cost akan meningkat. Guna seamail pula murah tapi tiada pengecualian cukai.

      Waaa bagus rin meniaga lampin nie ramai orang dah mula. Prospek yang bagus :)

  • rin

    acctually lampin yg saya nak import ni adalah jenis lampin kain yang boleh dibasuh dan digunakan semula bukan jenis pakai buang.lagi nak tanya adakah cukai untuk seamail dan airmail/ems berbeza taksirannya?, manakala klau lampin kain adakah saya dikenakan cukai 32% dan deklaration form sebanyak rm49.90..dan adakah saya dikenakan cukai jualan sbb kiranya nak amik banyak ni nak buat berniaga.

    • Cukai 32% nie termasuk duti import dan cukai jualan. Kebanyakan barangan di dalam negara ini termasuk dunia sebenarnya ada klasifikasi terhadap penilaian cukai masing-masing. Ada barangan ada duti import dan cukai jualan. Ada barangan cukai import sahaja dan ada tiada langsung. Tidak kira apa shipping method yang digunakan cukai terhadap barangan adalah sama :)

      Sebab itu masa belanjawan berlangsung tiada pelepasan dilakukan oleh pihak kastam :) Takut ada perubahan dalam peratusan cukai.

  • ana

    salam, kat mana nak tgk list barang yang kena cukai dan list barang yang tak kena cukai? Sekiranya barangan yang TIDAK kena cukai, tapi nilai barang + pos tinggi, hanya is declaration form saja la ye? memang tak perlu bayar apa-apa? Tk.

    • Senarai tak ada sebab kalo nak tengok apa yang ada cukai atau tidak ada 1 buku kod tarif. Memang besar giler dengan berpuluh kategori. Lagi tebal n besar dari kamus dewan. kalo barang sampai nilaii tertentu akan kena declaration form iaitu borang K1 nama saintifik dia. Kalo lebih RM 10k kita ada lagi borang iaitu K1A.

      boleh rujuk http://tariff.customs.gov.my/ tapi untuk lebih tepat sila rujuk agen forwarding yang anda kenali dan lebih baik terus dengan pihak kastam.

  • Riz

    tq for respon..duit zimbabwe tu dah tak sah diperlakukan dengan nilai dah skarang..jadi just utk collection je ah..

    lagi satu nak tanye berkenaan silver..ade dengar kawan cakap silver coin kene tax..15% kan?pastu silver bar takde tax..betol ke?

    tq

  • Naufal

    Saya ingin membeli laptop HP di eBay.Harganya $610+35.99(kos penghantaran).Adakah barangan ini akan dikenakan cukai dan jika ya berapakah nilai bersih yg akan dikenakan.Jika saya suruh seller declarekan laptop as’GIFT’ dgn value under RM500,adakah ia akan dilepaskan dari cukai.Kalau declare sebagai merchandise pula dgn value bawah RM500,adakah ia tidak akan dikenakan cukai.Hrp boleh bantu…

    • declare sebagai apa pon yang menjadi pegangan adalah invoice atau pun bukti pembelian Naufal. Sebab declaration boleh jadi macam-macam dan gift/merchandise adalah keyword strong untuk diperiksa.

      laptop tak ada cukai cuma jika lebih nilai pengecualian cukai kena wat declaration form sahaja :)

  • Naufal

    Saya ingin membeli laptop di dlm ebay yg berharga $750@RM2625 sebanyak dua buah tapi dihantar ke dua alamat.Kalau dikenakan cukai,berapakah nilai yang dikenakan dan apakah formula yang digunakan oleh pihak kastam untuk kira cukai.Benarkah kalau saya suruh seller declarekan brg as’GIFT’ dgn nilai bawah RM500 serta diletakkan invoice dgn clear nilai brg,laptop ni akan dilepaskan dr cukai.Ada x cara nak lepaskan diri daripada dikenakan cukai untuk laptop ni sbb sy dengar kalau kena cukai boleh lebih harga laptop yg sama di Malaysia.Tolong saya sbb sy nak beli laptop ni sgt sbb klu kat eBay lebih murah berbanding di sini yg blh lebih RM2000&model laptop tu jarang boleh jumpa kat Malaysia.Harap dapat dijelaskan secara terperinci….TERIMA KASIH

  • Extreme_Games

    Salam en shafique,

    Saya berniat membeli alat permainan (pistol) dari luar negara, ada orange marking pada muncung pistol tu macam yang dapat kita lihat yang dijual di toys r us. Persoalan saya, adakah permainan berkenaan berisiko tinggi untuk dibeli? Dan andaikata dibeli juga, jika didapati permainan berkenaan tidak layak diimport, adakah pembeli akan dikenakan tindakan? saya 50-50, kalau setakat rugi duit pembelian takpe, jangan nanti turun naik mahkamah, haru…

    • Dia tak dakwa setahu saya. Ikut law diorang boleh kompaun Rm 200 kot seingat saya. Ikut budi bicara la. Tapi selalunyer rampas saja. Kalo pistol atau senjata tue mcm realistic memang kena rampas.

  • Zuraini

    Sya aingin membeli kamera digital di dlm eBay yg berharga kira2 $120/RM420.Berapa cukai yg dikenakan utk kamera ni dan ada x cara nak lepas cukai???

  • lin

    Assalamualaikum…

    Saya nak tumpang bertanya…Hari nih saya ada terma surat daripada Pos malaysia ,bahagian unit tahanan kastam .Dalam surat menyatakan bahawa barang saya breast pump (susu ibu)dalam 4 kotak RM4800 semuanya…so agak nya brapa kos saya kena bayar yer..Setahu saya breast pump tak di kenakan cukai lagi setakat hari ni..Mcm kawan saya beli 1 kotak(RM1200)..tak de masalah pulak.Bagai mana nak elak untuk masa hadapan..Nak suruh seller tuh hantar satu² ke?

    • Waalaikumusalam lin.

      RM 4800 eh? Kalo pump tak salah saya ada 15% tapi tue hand pump. Pump ada banyak kategori tapi saya cuma agak-agak 15%. Kalo nak elak cukai kena buat bagi setiap shipment below nilai pengecualian cukai tapi anda mungkin rugi kat postage pula.

  • rin

    terima kasih kerana menjawab soalan saya, ianya sangat membantu, terima kasih banyak2. :)

  • Mat Din

    Assalam En.Shafique

    Saya nak tanya, macam mana pula kalau beli alatan elektronik dalam bentuk lot. contohnya 100 Earphone + penghantaran dalam RM700. adakah dikenakan cukai? jikalau kena adakah untuk setiap item atau keseluruhan lot berkenaat?

  • liz

    nak tanya ada kawan dari uk…nak kirim brg baju,handbagsilver necklace..and money juga…pakai courier.pas tu dah sampai klia ada agent nak suruh bank in ke account dia.dia kata dia nak tlg bayar dekat delivery oversea.dia kata custom tax…betul ke

    • Bukannieh liz jangan percaya. Kalo courier dia akan kutip semua duit masa buat penghantaran. Semua siap dalam satu bil. Jangan bank in ke akaun pihak ketiga yang mengatakan mereka courier service. Sila lihat pos lain berkaitan topik ini.

  • az

    salam, nak tanya kalau beli detox foot patch barangan farmasi, harga dalam RM1500 kena cukai tak? atau barangan farmasi memang tak ada cukai, leh bg contact no untuk saya hubungi kastam, supaya saya tahu samaada barangan nie akan dikenakan cukai atau tidak, harap dapat membantu,
    terima kasih

  • prong

    salam mr shafique.
    saya nk beli baju sukan dari China dlm 10 helai.harga+shipping cost x lebih dari rm500.
    adakah saya akan dikenakan cukai?penghantaran menggunakan EMS.
    harap mr shafique dpat membantu.
    terima kasih.
    salam

  • Abang Dwann

    salam Shafique… abang nak tanya sikit,
    abang bercadang nak beli GPS/Car Navigator dan peralatan keselamat rumah ( IP camera,sensor,cctv,alarm system dan sebagainya ) dalam kuantiti yang agak banyak.
    Adakah barang-barang tersebut di kenakan cukai atau apa-apa permit. Diharap sangat shafique dapat membantu dan kalau ada lain-lain info tentang barangan di atas dapat kira beritahu Abang.

    • Salam abg Dwann.

      Kalo barang peralatan nie ada yang bercukai tapi tak ingat la pecahan dia banyak sangat. tapi kalo GPS tue memang ada cukai. Kalo nakimport banyak-banyak baik tanya dengan kastam dan pihak SIRIM sebab GPSperlu permit sirim.

  • Shahrul

    Hai,

    Saya nak beli sparepart macbook dari ebay. Brg tersebut ialah:

    1) Bateri – 1 unit (USD 36)
    2) Internal dvd player (USD 50)
    3) Pengecas bateri external (USD 50.34)

    Anggaran nilai dlm RM : 407.65

    Adakah saya akan dikenakan cukai…?

    Terima Kasih

  • Sue

    Assalammualaikum wbr,

    Utk pengetahuan En. shafique saya ni mmg kurang tahu ttg prosedur cukai kastam dan saya ingin tahu adakah dikenakan cukai jika brg2 tersebut adalah minyak wangi, laptop dan juga handphone? Seperkara lagi, adakah ada dikenakan bayaran cukai jika sekiranya kita tidak menyertakan invois pada brg yg kita nak hantar dari luar negara ke Malaysia?

    • Waalaikumusalam Sue.

      Tak mengapa sebab saya juga kurang arif sekadar membantu sekadar yang termampu. Minyak wangi memang tak ada cukai. Laptop pon sama tapi headphone ada. Cukai dikira daripada nilai invoice jadi menyertakan invoice memudahkan pihak kastam memeriksa dan membuat pertimbangan.

  • hafizharfani

    saya dah suruh kawan saya beli iphone dekat usa.macam mana nak hantar ke malaysia(kuching sarawak)borng kastam dan SIRIM nak dapat kat mana?macam mana nak uruskan prosedur?

    • Jika iphone hafizharfani ditahan oleh kastam di pintu masuk import pejabat pos, satu notis akan dikeluarkan kepada anda untuk datang menuntut dan membuat pelepasan. Sebaik tiba anda akan diberikan bungkusan dan taklimat daripada kastam untuk pergi ke SIRIM untuk proses permit SIRIM. sebaik pulang dengan permit tersebut, agen kastam pihak pos akan membuat borang kastam untuk anda.

      Sekiranya anda menggunakan agen kastam selain pejabat pos, hanya duduk di rumah dan tunggu barang sampai. Pastikan anda bekalkan mereka dengan notis penahanan barangan anda yang dihantar oleh pihak pos.

  • hafizharfani

    kalau kwn sye hantar telefon yang die beli dari malaysia….ada tanda sirim….die hantar dari us ke malaysia??macammana???

  • hafiz

    kwn saya nak hantar iphone dari usa.saya dah pergi kastam tadi tnya hal borang ikrar kastam…dia ckp tiada borang seperti itu…macam mana ni..tlg sya…kalau guna couriier mcm fed ex….kastam akan check dan cukaikn juga ka?saya memang perlu iphne ni..byr cukai pun bayar la..saya sgp byr.tlg saya aturkan agar saya dapat iphne ini…tolong

    • yang dinamakan borang kastam ini adalah borang yang dibuat oleh agen kastam bertauliah dan berdaftar. Ini kerana ia diisi menggunakan sistem komputer khas. Kalo pakai courier macam fedex tak perlu risau semua mereka buat sampai siap.

  • Raz

    Mr Shafique,

    nak tanya pasal tax ni.. saya nak import laptop dari u.s
    katakan harga laptop ; rm4000 + kos penghantaran rm140(selepas tukaran matawang)
    adakah saya akan dikenakan cukai? agaknya berapa cukai yg dikenakan? dan untuk mengimport laptop ini perlukah ada apa² dokumen khas?
    terima kasih.

  • Raz

    ok, terima kasih ya.

  • khairul

    Ingat nak beli beberapa barang online. Nak tau kene ke x cukai. Sebab nak ready awal2.

    1. Buku (Novel, Manga)
    2. Movie/Game (DVD, Blu Ray)
    3. AA Battery (Rechargeable)
    4. Clothes (T-shirt/jeans) ade cukai lain2 ikut jenis ke? cotton etc?
    4. Shoe
    5. Bag (messenger, bagpack)

    • Buku – NIL
      DVD – 10 %
      AA – Ada tapi tak sure berapa %
      Pakaian – secara AM 32%
      Kasut – Ada tapi tak sure berapa %
      Bag – Ada tapi ikut material. Nilai tax kulit lebih rendah berbanding PVC dan lain-lain.

  • hafiz

    diorang buka kotak mail ke?ooo..tq

  • Ben

    Hi En Shafique, mengenai pembelian laptop/notebook/netbook ada saudara nyatakan keperluan kastam spt borang declaration dll, bagaimana pula keperluan SIRIM; adakah memerlukan permit dll? Terima kasih.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>