* Hanya untuk barangan di tahanan kastam Pejabat Pos.
Ramai kenalan berulang kali bertanyakan soalan yang sama kepada aku. Ini kerana tugas aku berkaitan dengan kemasukan barangan dari luar negara yang menggunakan khidmad pos dan EMS (Express Mail Service). Kebanyakan mereka selalu bertanyakan kepada aku ” Berapa nilai barang yang boleh kena tax? “. Aku tidak boleh menyatakan secara terperinci tapi secara asasnya aku dapat huraikan di bawah bagi panduan anda semua yang mahu mengimpot barangan luar ke Malaysia atau pun menghantar barangan dari luar ke Malaysia.
Namun barangan yang tertakluk pada syarat import perlulah dirujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mengetahui prosedur import. Sebagai contoh telefon dari luar negara perlu mendapatkan AP/Permit dari Sirim sebelum boleh ditaksir oleh pihak kastam untuk proses seterusnya.
Apa yang anda baca ini hanyalah teori sahaja. Sekiranya anda mahu lebih maklumat lanjut mengenai perkara ini dan juga sebarang soalan berkaitan cukai sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia kawasan anda.






Hi En Shafique,saya nak tanya klau saya beli sunglass brand ray ban made in china dalam 50 pieces harga dia rm1500(1pieces rm30) saya guna airmail brp kena tax.salah ke klau barang tu tiruan grade A adakah kastam akan tahan.macam baju dewasa branded 100% cotton tiruan grade A salah ke disisi mengimport barang.klau kena tahan mcm mana nak selesaikan
MEmang salah import barang tiruan. Kalo diambil tindakan tak salah saya kena kompaun dan rampas barang.
barang tiruan 100% kena rampas….
klau kena kompaun brp.dia bleh tau ke brg tu tiruan klau gradeAAA sama dah mcm ori.lagi satu klau saya tipu invois salah ke klau harga brg rm30 tapi saya suruh dia tulis rm15 bleh ke diorg tau.tapi saya tgk byk org bawak barang tiruan lepas je klau hand cary bleh lepas ke
Tak sure gak. Saya baru tanya dengan kastam kalo tiruan mmg rampas terus. Macam mana diorang nak taw ori ataw tak itu terpulang kat mata pihak kastam. Nak cerita lebih saya keje ngan kastam tapi bukan kastam la. Invoice tue bagi saya leh jer adjust tapi kena meyakinkan la gitu.
if original, xkan original importer nak declare rm15.. kat c2 kastam boleh nampak dah.. sunglasses xde cukai, tp kalo ada brand rayban kena rampas je la…
awie1555,sy pun teringin nak import cermin mata camtu gak.. halo sy kot2 kt leh masuk skali.. hehe
En Shafique,
Kalau tak silap, mulai Jan 2010 cukai barangan dibawah AFTA dan ACFTA diturunkan ke 0-5% kecuali setengah barangan seperti batik. Kalau saya bawak banyak busana muslim dari Indonesia (bukan batik) melebihi rm1000, adakah import duty dikenakan tidak lebih dari 5%? Kalau tidak 5%, berapa kadar nya?
Berbanyak terima kasih untuk info.
Wow batik tak sure la kalo pakaian biasa 32%. Tentang AFTA n ACFTA tue tak pasti lak tak pernah dengar lagi pekeliling baru so better ke laman web rasmi kastam untuk pertanyaan.
Terimakasih Mr Shafique.
Yang saya dengar, batik Indonesia akan dirampas sebab Malaysia mau protect industri batik tempatan. Dari website kastam, pemahaman saya rasanya kita perlukan certificate of origin utk confirm barang dari Asean. Ni part yang susah dan costly kecuali bagi large importer…….
Yaa batik kalo masuk memang problem. Kesian kadang2 sebab ada mereka memang tak tawu tapi hope dapat sebarkan bgtaw kat kawan2 lain ye.
Salam Mr Shafique.
Saya berhajat nk beli breastpump (pam susu utk ibu yg susukan anak) from US in bulk qty. Pam tu battery operated, berat setiap kotak 2.5kg each. Ingat nk beli beh kuang dlm 5pcs per order la. Tapi probnye, harga breastpump tu $USD300/pc. Klo beli 5pcs dah $USD1500/pc, shipping cost utk semua box $USD200, means total cost items+shipping=$USD1700. Convert to MYR jd lebih kurang RM5900. So soklan saya:
1-Agak2nye, berapa cukai kastam sy kene bayar?
2-Let say saya nk deal sendiri dgn kastam, perlu ke sy cakap yg mmg barang ni utk dijual? Atau tak perlu kasi tau dorang pn, sbb nanti takut dorang amik kesempatan charge lebih pulak.
3-Ada beza ke cukai yg dikenakan terhadap individu yg beli in bulk (still utk dijual) dgn registered company yg beli in bulk (yg mmg dah sah2 utk dijual).
4-Ada tak cara utk kurangkn custom duty if beli in bulk mcm ni?
5-Import tax tu sama ke dgn custom duty?
Harap dapat beri penjelasan sebaik mgkn. Baru2 ni sy call kastam, tya pasal cukai tu, tp lain sy tanya, lain sy jawab, sbbnye, org tu tak tau breastpump tu category ape. Siap tanya sy lagi, jenis operating system dlm breastpump tu, then minta sy kasi inner scale la, rasa nk nangis je!!
TQ..
Salam Sri. Saya dah rujuk dengan beberapa sumber. Breast Pump tak der cukai. Saya tak pasti bateri ke tidak tapi kalo menggunakan kod tarif 901890300 – Manual Breast Pump tiada cukai dikenakan.
bagi kastam masuk 1 atau sepuluh sekali pon dikira import tidak kira kegunaan sendiri atau tidak. Jika value melebihi nilai pengecualian cukai so ada cukai. Company nie ada effect bila apply dokumen lain macam permit SIRIM.
Kalo ikut kod tariff yang saya berikan, anda cuma perlu bayar untuk borang ikrar kastam sahaja
Mr. Shafique,
Sri dah beli manual breastpump. Alhamdulillah mmg tak kene cukai pn.. Selamat je smp umah. Tapi yg battery operated and electric breastpump, mmg konfem kene 15% tax(sales & custom tax). Dah tu Sri pakai pos agent pulak, dah ler kene bayar RM49.50 charge, tapi lambat gler dorang collect barang! Dah seminggu lebey dah tunggu. Ni pn cuti cny, so konfem la after cny baru dapat breastpump tu!huhu
alhamdulillah.. syukur lah gitu. Owh ada 15% eh? Info baru. Kalo ada tariff kod nnt pass kan ye. Mana nak tawu saya terjumpa lak nnt dengan orang yang bawak masuk pump nie.
Agen pos eh? Tak berani nak kata sebab selalunya walk in customer memang di dulukan. Kekadang tue seminggu lom abes lagi order by phone or fax.
Salam, Mr Shafique,
Finally, I received my breastpumps hehe..Tapi tu la, rupanye, breastpump yg kene tahan tu before cuti cny dah smp pos ofis, rasanya either khamis or jumaat, tapi surat yg tak smp ke umah soh datang collect kat post ofis..Seb bek ler hubby call on wednesday after cny tu, klo tak, tah pe la jadi dengan breastpump tu..phewwww..
Ok, Sri nk kasi tariff code utk electric breastpump: 8413.20000. Tax dia pulak, 5% import tax, 10% Sales tax. So total 15% of total cost.
Hope this may helps other moms yang nk import breastpumps ehh..hehe..
ALhamdulillah. Okeh Trima Kaseh eh Sri sangat2 membantu. Mana tahu di mana depan ada pula kat penang nie import breast pump electric
SApa2 nak dapatkan breast pump leh dapatkan dari Sri ye.
Sri kalo nak iklan breast pump Sri kat blog saya pon leh. FOC je bantu kawan2.
Ohoho..thanks so much ye Mr. Shafique.
Cuma nk ngadu sket je, hehe..Smlm Sri check kat USPS, rupanya new breastpumps dah smp kastam hari Rabu 17Feb. So Sri budget today mesti dpt surat la kan. Tunggu punya tunggu, tak dpt2. Last2, masa hubby nk pi solat jumaat td, baru pasan, posmen letak surat tu kat postbox je.Suppose kene dptkan sign penerima, sbb kan tu Pos Laju. Geram betul la.
Then we all terus pi amik kat LCCT sbb malas dah pakai agent pos ni. Kes geram tak sudah la ni.hehehe Tapi cuma satu je nk ckp, Sri tgk kali ni, dia punya tariff code is: 8413.19100. However, tax rate tetap sama: 15%, and code still under hand pump code:)
Tp yg funny tu, my hubby dah get ready nk bargain dengan officer tu, sbb masa turn org depan dia, officer tu tanya, ok tak dgn jumlah tax tu. Tapi bila smp turn my hubby, officer tu tros je kata, ni takleh kurang lagi ye, sbb breastpump camni dah byk org bawa masuk, so tax fixed 15% ye. Wakakaka, my hubby kaciwa!!
salam dan tq Shafique….
abg nak tanya berkenaan berat timbangan dan harga yang dikenakan. Abg nak order t shirt dari china dengan menggunakan perkhidmatan EMS. Ada orang cakap kalau berat bawah 2kg harga lain..tul ker cam tu..?
Salam abang. Owhh bawah 2kg memang harga lain sebab lain berat lain postage. Tapi kalo pengiraan cukai pula dia bergantung kepada value barang + shipping cost. Pakaian ada 32% cukai jadi diambil daripada value barang + shipping cost.
Salam Mr Shafique,
Saya ada order satu unit iPhone 3G dari USA kat eBay. Harga $355 (+-1200RM) termasuk S&H. Shipping guna Priority Mail service, UPS atau USPS kot (belum tanya ;p) Saya ada terbaca kat forum2 tempatan yang nak kena apply SIRIM ke ape tah, saya pun tak bapa paham (tapi Borang DIE harga 200RM!!) dan cukai impot dalam 20%-30%(!!) dari harga jualan.
Betul ke Mr Shafique? Da stat seram ni, kalau betul dalam 560RM bakal burn nih(!!) tak sangka pulak boleh mahal sangat prosedur die :’[
Maaf la bebanyak kalau ada orang yang dah pena tanya pasal ni (mesti boring baca/jawap bende yang sama), mata saya da naik sakit asyik baca thread2 dari forum. Tak larat nak baca seluruh threade lagi..
Salam JB Guy.
Handphone eh? Macam biasa la kalo import.
1. Kena Apply permit dari SIRIM: RM 200 (lebih kurang)
2. Borang ikrar kastam: RM 49.50
3. CUkai 10% jer. Tak der sampai 30%.
Baru dapat surat dari Pos Laju hari ni (1 Feb 2010).
Kena tahan dek unit perkastaman, wuu sedey :’|
Saya duduk Johor Bahru, kena collect dekat No.4 Jalan Bakti, Perindustrian Larkin, Johor Bahru. Ni alamat Pusat Mel Johor Bahru (info untuk orang JB)
Saya kena bawa:
1) Akuan Import Kastam dengan empat Salinan (Borang Kastam 1)
2) Invois pembekal atau lain-lain keterangan mengenai nilai
Borang AP diorang tak tanda pulak (Kat dalam list tu die tulis: Permohonan untuk kebenaran mengimport yang diluluskan(Borang AP)– Ni tak di tanda sebagai dokumen yang perlu dibawa…). Maknanya saya tak kena bayar 200RM ke?
Ingat nak collect lain hari (dorang bagi sampai 26 Feb). Agak2 bole tak kalau wakilkan orang lain untuk collect.
Memang dia tak tanda rasanya sebab bila datang masa nak collect tue baru kastam akan endorse dokumen berkenaan dan anda perlu membawa dokumen yang kastam endorse tadi ke SIRIM untuk membuat proses permit (AP).
Borang Kastam 1 akan dibuat setelah AP diperolehi
Boleh tapi pastikan anda bekalkan wakil dengan surat kebenaran (Authorize Letter).
Eee tak bestnya, kena jugak la ni. so kena siap dalam 300 lebey la ni. cam tak berbaloi la pulak, adui :S
Yang authorize letter tu kena type sendiri ke atau kena amik dan isi apa2 borang?
Salam Mr Shafique,
One more thing, klo barang kene tahan kastam, sape yg akan info kita, pej kastam ke atau post office tu? then klo let say sy nk deal sendiri dgn kastam, tp terpaksa delay macam seminggu sbb bz keje, sy akan dikenakan any charge tak sbb lambat amik barang.
then, klo sy beli breastpump byk2 tu, tapi takde invoice kat kotak tu, ada apa2 effect tak? means akan kene charge tak sbb import barang tanpa invoice?
Import tak der invoice tak per tapi bila nak clear memang kastam require invoice. Jika menggunakan pintu masuk pekabat pos, pihak pos kaan inform barangan ditahan. Simpan lama tak per jangan lebih sebulan jer.
Hanya Breast pump manual sahaja tidak dikenakan Tax,,Battery/electric operated sume ada tak ..
Saya memang bz line breastfeeding ni ..Pengiraan dia : 5% & 10%..tP Kalau beli satu tak kena..Ikut budi bicara gak…Saya slalu beli dalam bulk..memang kena tapi boleh minta kurang ngan dia org…
kalau saya beli baju dari indon, biasanya berapa kiraan utk cukai?
camne nak kira??
Shipping + Value X 32% cukai.
Hi Mr Shafique,
Saya ingin membeli HDMI cable dari China, adakah barang ini dikenakan tax jika membeli dalam amaun yang banyak?
Kalau saya hendak mengelakkan tax, saya mesti membeli dalam harga barang+shipping(airmail) kurang daripada RM500?
Terima Kasih.
Lebih value ada cukai bagi kabel.
pagi tadi saya pergi ambil barang di kastam bahagian pos punya.
saya ada 2 parcel berlainan nama dan alamat, tapi diterima pada masa yang sama.
so, kena tahan kastam.
pergi kastam pagi tadi, saya tanya la “bukan ke kalau barang bawah rm500 tak kena cukai”
then org tu cakap, kalau nama selalu org kastam baca, mesti kena tahan punya walaupun nilai barang tak sampai rm500. then, kalau dah kena tahan, mesti kena cukai punya.
then, tadi lepas kira2 semua, org tu tanya saya.
nak cara senang or cara susah utk settle?
saya tanya la apa cara senang n apa cara susah?
katanya cara susah, kena isi form then tunggu boss datang then bayar cukai penuh.
cara senang is, saya kira rm50 je la satu bungkusan.
So, saya nak tanya, memang macam tu caranya? yang rm50×2 tu akan masuk poket sendiri ke sebab takde resitpun diberi. kalau isi form (ikut prosedur) memang kena bayar cukai penuh ke? bukan just bayar utk form tu sahaja ke?
Wow.. tawaran menarik tue. Kalo RM 50 ada resit tak per gak. Pelik tue. Yang saya paham la kalo macam tue orang tue akan endorse barang awak bagi under value so tak kena cukai or custom form. duit kopi RM 50 1 parcel. kalo kena petik ngan BPR panjang cerita tue.
Sebab apa saja urusan pembayaran cukai pihak kastam akan keluarkan resit rasmi iaitu JK6 yang menunjukkan kod tarif, keterangan barang dan peratusan serta jumlah cukai.
kenapa mereka nak endorse barang saya bagi under value. Sebenarnya memang barang tu bila kira nilai barang + postage, tak sampai pun rm500. dalam 300++ je.
yang itu saya tak pasti sebab kalo seperti yang saya lihat even orang tersebut berulang kali barangan mereka ditahan jika under value tidak ada cukai. Melainkan lebih daripada 1 bungkusan under value ditahan dan didaftarkan di dalam satu nombor perndaftaran (JK78) mereka boleh menambah nilai kedua-dua bungkusan tersebut dan jika lebih nilai akan dicukai sekiranya bercukai dan kena borang kastam sekiranya lebih nilai tertentu.
salam mr shfique,,sy ade pertanyaan,,begini sy dan kwn2 beminat utk membeli tshirt dari seberang iaitu indonesia,,jd untuk mengelakkan kos EMS pos yg tinggi kami berkongsi bersama dlm 1 penghantaran,,jumlah bg pembelian tshirt2 tersebut lbih kurang RM 1500 termasuk kos EMS pos,,adakah kiriman tersebut akan dikenakan cukai?? jika ia bagaimana kiraanya ye?? harap dpt bantu,,tq2,,
Owh.. pakaian… cukai 32% yang diambil daripada harga barang + shipping cost.
Mr Shafique,
Klo sy beli breastpump manual tu,mmg tak kene cukai la kan..tapi klo total cost item+ shipping jadi RM1k, still boleh lepas atau kene cukai gak sbb total cost dah lebih RM500?
Lg satu, ape yg blh sy buat if barang yg sy beli tu supplier tak kasi invoice. Sedangkan nk clear kat kastam,invoice diperlukan. Camne nk clear barang camtu?
salam bro shafique
ade beberapa soalan
1. Tariff code untuk barangan perhiasan yang dibuat dari kraftangan
2. material yang digunakan untuk kraftangan terdiri dari copper n bross.materialnya ada cukai x?
ade cukai ke?samada import/sales tax?
Owh tak sure la tanya kastam or agen forwarding ok. tak sempat nak cari bz sangat skang.
n sori..ade tambahan….
adakah cukai via kargo or parcel berbeza?
Peratusan kargo sama je satu mesia cuma pengecualian cukai pejabat pos, airport dan lain-lain pintu masuk import ada beza gak la.
salam, saya nk tanya, saya ada beli kasut brand UGG boots (sheepskin boot) yang replica punya dari china.
saya guna EMS. harga kasut USD69 + USD10 postage = USD79 (RM324.77). kalau boots camni, n price camni kena tax tak?
based on price cik mira tak kena tax. as long make sure below RM 500 shipping + value.
@balqis dari kes cik tue leh tahu tak pjbat pos mana… nak tahu gak pasal saya ada gak nak terima pos dari indon nie… thanks.
Yup nak tawu gak mana tempat tue. Alert kawan-kawan lain di sini. So far pejabat saya alhamdulillah baik-baik hendaknyer pegawai kastam nyer.
Saya bercadang nak order Usb 2gb card dalam 60 -70 pcs. boleh saya dapatkan takriff code. adakah dikenakan cukai dsbg. untuk invoice dalam myr1200
kod tariff tak sempat check bz sket la tapi ada tax seingat saya. 10% kot. Rujuk kastam ok.
bro, nk tnye ni..aku da beli pedang samurai dari china..memg pedang ori japan la..tp kena tahan kastam..dorang anta surat suruh datg amek sendiri atau wakilkan pos malaysia bayar RM49.90..tapi kat dalam borang tu ada suruh kene isikan no permit..kena pakai permit ker?berapa ratus plak nak kuar ni?????tolong la bg aku tips ape yang patok aku buat skg…pedang tu harga+shipping kurang dari rm500 jer…
Yang tue baik bro gie kastam. Kalo tempat aku dia rampas jer.
Salam Mr Shafique,
Nak tanya tentang ni, aku punya barang kerap kena tahan kastam tahun ni, barangan import dari jepun ni.. tengah jual hair dye jepun. 1st kali kena surat amaran warna pink dari jabatan farmasi dalam kastam KLIA. Lepas tu cakap ngan staff situ barang pakai sendiri dilepas dan kena tax 20%.
Baca balqis nye case mcm x boleh pakai dlm situasi aku.. kalao kena surat warning, boleh hantar ke alamat sama dgn nama sama? Apa maksud kerap baca nama kena tahan parcel? Thanks.
bro, satu lg benda nk tanye…aku nk anta barang ke luar negara,barang gift je,jam tangan..kurang dari 500g…syarikat mane yg paling murah shipping dia?anta dari udara or laut? bro bgla pendapat, mne satu nk pilih yg terbaik..
banding semua Poslaju as courier la murah. Tak pon ko wat registred mail. Below 500gm tak le mahal sangat bro. Anta always by airmail. Kalo berat sampai berkilo2 sure postage lebih harga barang. Aku biasa ship out barang airmail postage saja dah Rm 600++ Gigil bro..
tp aku tnye kat pos mlaysia utuk curier bwh 500gm RM120 btul ke? mahal gile…jam je kot
Lain destinasi negara lain berat lain min n max berat. Semua negara rate dia tak sama bro.
btul ke pakai post mlaysia murah bro? dari sini nk ke us, jam tgn jer…
Bro research kompeni courier lain sama ok?
Salam, sy nk bertanya. Sy beli secara combined shipping dari seller US. Dalam 1 kotak tu ada breastpump manual 2pcs, baju maternity (2 helai) dan diaper bag (1pc). So camne kiraan tax tu ye?
Setahu saya breastpump manual tu mmg tak dikenakan tax. Tapi klo baju and diaper bag tu dikenakan tax, kastam akan kira ikut total value + shipping box tu ke? Klo camtu rugi la saya kan, sbb breastpump akan dikira sekali. Ke dia kira cara lain? Harap reply.
Kalo lebih had pengecualian cukai selalunyer diorang kira mana yang mahal. Tapi selalunya macam tue la sebab kalo diorang kira secara detail, lain barang lain cukai memang parang sket la. Setakat saya tengok diorang akan kira 1 item jer yang mahal. Terpulang budi bicara pihak yang menaksir la.
salam… klu sya order barang dr china cntohnye jenama gillette mach3 secara pukal mgkn melebihi 100piece, adkh brg tersebut dikenakan cukai? n brpe? dn jenama tu dikira tiruan x klu import dr china? tq
Cukai tak pasti rujuk pihak yang arif. Kastam Diraja Malaysia. Kalo dari China tue wat yang ori tak pe ar kalo tiruan itu tak pasti. Tengok mata kastam nilai macam mana. Tapi adalah elak bawak masuk barang tiruan. We never know what will happen next
Saya ingin import kasut baby soled shoes (100% leather) dari singapore/china… adakah barangan bayi di kenakan cukai?? berapa % dari keseluruhan harga… estimate price untuk order adalah lebih kurang RM1500++…
salam bro..
nk tye ckit,saye ade order sport rim motosikal dari japan.leh tau x bp byk kne cukai utk brg2 mcm ni?
ada tax tapi rsanya tinggi gak tak pasan sangat. selalu yang dok masuk rim basikal jer cnie. barang moto ada yang tinggi tax dia.
Salam Mr Shafique..saya ingin bertanya. Baru2 ini sy membeli refurbished blackberry phone dari ebay. harganya dlm 123usd. ada perlu permit dari sirim? or else
As long belom ada permit akan perlu permit dari SIRIM
Unless hand carry
salam mr syafiq,
nak tya skit,saya cadang nak beli kasut bundle dari UK.satu guni dalam rm600.so,bagaimana dengan cukai.bleh beri penjelasan skit.terima kasih
Kasut eh? Banyak kategori bro saya tengok tadi. Ada 10% hingga ke 35%. Jenis tapak, material, kegunaan memainkan peranan penting sebab peratusan cukai berlainan ikut jenis kasut. Material tapak pon amik kira gak. Tue kalo ikut kitab tariff code la.
Kod tariff kasut mula dengan head 64XX sebagai rujukan.
Hi Mr.Shafique,
May i know where can i get – Akuan Import Kastam dengan empat Salinan (Borang kastam 1)??
What is this form mean???
Is that i only need to bring this form and invoice then i can get back my parcel??
Thanks a lot^^
Akuan Import Kastam dengan empat Salinan (Borang kastam 1): We called this K1 Form. Only authorize agent custom can made this. Once u got the notification regarding your parcel head on to the post office stated on the letter. The custom officer will check wether u need to make the K1 Form or not.
Also bring your invoice, to me it’s a crucial document to all custom agent.
salam shafique..sy nak beli macbook dari china.. usd500+ postage 30usd…ade cukai tak..?
lappy tak ada cukai.
salam…
maaf ye…nak tya skit..boleh ke pos keris ke luar negara(eropah)boleh lepas ke?
Yang nie tak sure lak sebenarnyer. Tapi takut masa diorang scan kat airport takut tak lepas jer.
Salam Mr Shafique, saya ade la order satu beg laptop tu harga rm238 + shipping 180. yang ni agak² kena tax jugak ke?
below RM 500 tak kena kalo lebih ada la.
U tak reply i lagi pun…
I nak import kasut baby soled shoes (100% leather) dari singapore/china⦠adakah barangan bayi di kenakan cukai?? berapa % dari keseluruhan harga⦠estimate price untuk order adalah lebih kurang RM1500++ā¦
dari tapak segala semua leather katanye… description kasut ne soft soled shoes for baby… bayi bawah dari 2 tahun…
Salam..
Mr Shafique, tolong jgn gelak baca ni ye. Minggu lepas sy telah poskan iphone 3gs ke Malaysia tapi sy declare sebagai cookies (biskut). Hp tu sy dpt dari contract phone di UK, so sy tak perlu bayar apa2..cuma bayar bulanan. Lepas tu dah lebih seminggu masih tak sampai ke tangan penerima. Tapi dlm tracking system menunjukkan brg tu dah sampai ke Malaysia. Dlm kotak tu ada birthday card coz saya antar hp tu utk hadiah bday seseorang. Malu la sy klu kena tahan. Saya harap lepas..Camne ni ye?
Huh?? As cookies?
Hope parcel tue tak kena tahan kastam la hendaknyer. Parcel tue EMS/Airmail/Registered Mail? Kalo menda2 nie kita leh track even dah masuk dalam Malaysia. Senang nak check status dia
Kalo kena tahan sure kena SIRIM gitu. Uhuk3.
registered mail..dah track memang dah sampai on 6th Feb (Sat) kat Malaysia tapi hari ni dah Thursday..baper hari proses? lebih 1 minggu ke? Dulu sy pos dokumen 1 minggu dah sampai. Huhu..hope lepas la.
Check last nyer status dia ada kat mana cik Zeta (Zeta Jones?? Eheks!~). Slalunyer 1 week lebey mengikut kelembapan pengurusan.
nombor tracking registred mail: Rx 123456789 GB. Tue kalo dari UK. Bley jadi RJ, RR, RP or apa2 diorang berkenan. Bila masuk mesia nombor tue akan ditukar ke sistem mesia dengan nombor RF 123456789 MY plak. Nombor mesia nie jer valid untuk check kat sistem pos.
Mana nak dapat nombor nie? 1 300 300 300. Kesabaran yang amat tinggi diperlukan untuk call nombor tue.
Saya dah dapat check..tapi Pos Malaysia x bleh trace, dierorg suh sy call KLIA Mailing Process Centre 03-87871122 ext. 314 or 315. Pastu bila call diaorg cakap dah antar ke Shah Alam..then Shah Alam antar ke Rawang. Tapi diaorg antar kad panggilan untuk tuntut parcel kat kaunter serahan di Rawang. Kawan sy tu blum berkesempatan nak pi amik lagi coz dia cuti..So, klu camtu, barang x kena tahan ke? Maksudnyer lepas ke? Naper dia x antar kepada penerima terus kat PERODUA? oooohhh..adakah sebab sy x tulih locked bag 226? PERODUA ada locked bag tp sy x tulih coz sy ingat registered parcel, penerima kena sign. Apakah sebenarnya yg berlaku??? En Shafique yg budiman tolong la huraikan kemungkinannyerrrrr..Huhuhu
Tuan, saya nak beli helmet motorsikal daripada US dalam kuantiti yang banyak. saya tak sure helmet dikenakan tax @ tidak ? kalau kena berapa percent ? kena AP ker ? kalau kena Sirim ? bila nak apply sirim ? sebelum @ selepas barang masuk ?
Berapa percent tak sure tapi sure kena sirim
buat selepas barang sampai. Tapi tak salah saya sebelom pon leh wat. Check ngan SIRIM ok?
salam..
nak tanye, klau saya pergi indonesia beli barangan sana untuk dijual disini contohnya telekung dalam 15 helai, mcm mana tax nye?
ada tak cara saya nak elak tax dekat indonesia atau malaysia tu nanti..
barangan yang saya nak beli tak banyak sangat sampai ribu-ribu, tapi risau jugak kalau kena tax yang banyak, jadi tak berbaloi pulak.
harap en.shafique dapat membantu.
hai semua. cam chatroom lak blog hang ni. smlm aku kene gi sirim pasal aku beli blackberry lg hongkong. yang mangkuknya kampeni tu gi tulis mobile phone kt parcel aku. dah fedex call kene mintak permit import dari sirim pasal brg mobile phone.
gi sirim dorg bitau barang electronic sme kene ade approval dr sirim. dan sepatutnya laptop pn kene pasal ade wifi. so dorg charge untuk personal rm195 untuk spec berikut
1.3 phone yg sama model
2.shipment yg sama
so aku tergolong dlm spek diatas. malang aku hanya order untuk seketul. bayar tetap sama seperti bawak masuk 3 barang. disini agak mangkuk sket.
dah dpt permit number gi bitau fedex pulak. skg aku tgh tggu fedex call ni.
sekian lapor berita terlatest. harap dpt membantu sape2 yg teringin nk beli brg dr obersi..
Hai jugak ramli sam sam eheks!~ Hoh.. lappy pon kena gak eh? Tue la fedex dia tak bagi peluang nyer. SIRIM tue diskaun RM 5. Dulu RM 200. Uhuk2.
Kalo ada banyak info nak tak tolong haku kat cnie? Tlg kawan2 laen. Ngeee!~
salam..saya nk import baju dari indonesia..nk thu ada cukai x.n berape kos untuk kirim barang 2 ye..
Import ada, 32% bagi pakaian. Kos kirim ke mana tue?
bro nak tanya klau saya beli barangan dari china Cloth diapers(pampers boleh cuci)no brand perlukah membayar tax dan berapa klau kena tax
diapers tak taw lak. ada kot 10% ke atas tapi tak sure. konteki kastam.
saya ade beli camera digital melalui ebay..camera tu dari KANADA.total kurang dari rm300.shipping via seamail..persoalannya??KASTAM akan kenakan Tax x? berapa?
kamera tak der cukai
bro..saya ade beli digital camera melalui ebay.total cost < rm300..shipping via seamail..soalan? KASTAM kenakan TAX x? kalu ade,brape?
Salam bang.
Kalau alat muzik berapa cukai dikenakan? Ataupun lebih tepat lagi parts, contohnya part² untuk gitar (selalunya mcm beli neck asing, badan asing, pastu pasang sendiri). Separuh barang tu kayu, separuh lagi crome. Berapa cukai dikenakan. Brang² tu dari japan & US. Terima kasih.
Salam kembali Anwar,
Parts memang ada cukai. Banyak kategori lain-lain peratusan.
thanks for the info MR.Shafique
Salam bro Shafiq..
akau nie kurang arif pasal tax ..nak tanya ckit laa ..
kalau aku order barang bulk dari China ..barang nie electronic cigarette …
berapa tax dia laa .. pasai order bulk nie cost + shipment tak sampai rm500 pun
Saya ada tanya2 pasal nie. Lama dah tapi tue la tak sure letak dia dalam kategori apa. Tak penah wat lagi. Paling kurang ada 10% tapi cuba tanya ngan kastam terus so diorang leh bagi kod yang tepat dan mungkin tidak bercukai.
Salam En Shafique,
Sy konfuse sket ler.. Boleh explain tak? Apa yg En maksudkan dgn >RM500 kene cukai tu? Sbb saya pn bercadang nak beli breastpump manual mcm Sri tu. Tapi kalau nilai yg sy beli termasuk shipping cost RM1200, means sy akan tetap dikenakan cukai ke sbb total kos dah >RM500? Konfuse teramat sgt nih:/
LEbih dari RM 500 tak bercukai. Tapi jika lebih dari RM 2000 baru la kena wat declaration form.
Sebab apa Rm 2000? Sebab barang tidak bercukai. Kalo barang memang ada cukai lebih Rm 1000 dah kena wat form dah.
Hi Mr Shafique,
Saya nak order online dari US 1 unit sunglasses untuk kegunaan sendiri, harga dalam ringgit malaysia rm800.00 termasuk s+h, adakah saya akan dikenakan cukai? Kalau kena cukai berapa kosnya?
TQ
sunglasses rasanya tak ada cukai.
hye mr shafique,
sy nk tnye, sy ade beli handbag dr US dlm kuantiti yg byk (16 biji semuanye) n sumenye sy kirim dlm satu shipment, kemungkinan courier service(vshub.com) yg sy pkai tu nk consolidate all the items in 1 kotak besar utk kurangkn shipping chargers. skrg sy risau ttg kastam. sy xpenah ade any pengalaman dgn semua ni. bole x mr.shafique kasi advice sikit mcm mana nk elak pempbayaran ni. sbb sy amat risau jika di tahan di kastam dan juga xtahu mcm mane nk deal dgn pegawai kastam tu nanti.
sy juga perlukn advice ttg jenis shipemnt yg bole kurang kn tax kastam, adkah usps, dhl lebih baik atau service yg sy gunakn iaitu vshub sama dgn forwarders yg mr shafique makduskn?
Kalo nak elak cukai nie nak kena ikut tahap pengecualian cukai iaitu RM 500 (Airmail or EMS). Split shipping tapi akan rugi balik kat shipping cost. Kalo kena tahan menda yang paling2 penting adalah invoice atau dokumen yang paling baik seperti salinan borang Western Union, TT Transfer or Paypal yang lengkap. Sebab ada masanya invoice nampak meragukan sebab tue kastam akan require slip pembayaran untuk menentukan nilai barangan. Sebenarnya tak ada shipment yang leh kurangkan kos cukai kita dari pandangan saya la.
Saya tak pasti forwarder mana yang lebih baik sebab semua menggunakan 1 buku kod tariff yang sama. Sebab kalo USPS, DHL dan lain-lain kompeni besar nie kalo barang bercukai diorang akan terus selesaikan tanpa memberitahu anda. Ada satu pelanggan yang guna T.N.T dan dia ada bagitahu saya bahawa syarikat T.N.T akan fax satu surat untuk confirm sama ada anda mahu membayar cukai anggaran mereka. Lain-lain kompeni buat terus lepas tue bagi resit je suwuh kita bayar.
Kalo agen pos wat, kami akan confirm dulu dengan pihak penerima sebelum submit kat kastam. Tapi sebaiknya datang clear sendiri. Mana tawu leh nego lagi dengan kastam.
salam,
mr shafique nk tanye, pinggan mangkuk corelle berapa ye cukai kalau lebih RM 500. thnks
nie porcelain ke amin? kalo betol porcelain memang ada import rate 30% + sales tax 10%.
Terima kasih atas respon. Kalau gitar selalunya berapa cukai yang dikenakan? Boleh tak dapatkan maklumat tentang itu? Saya akan membeli sebuah gitar dari Jepun berharga RM1800. Penghantaran menggunakan EMS.
Gitar kalo 10% + 49.50 untuk borang K1
Ok. Terima kasih Mr Shafique banyak mambantu & bersabar melayan pertanyaan (komen dah 300+ tu!). Memudahkan urusan kita orang. Thanks ya!
Tak pe Anwar. Ekceli banyak tak dapat jawab sebab bz nak wat kajian tue. Sebab saya pon terpanggil apabila tengok banyak customer yang datang masih blank dengan tatacara kastam nie. Jadi semampu n sebaik saya cuba lakukan untuk kita semua.
Komen dah 300++ nie macam mana nnt kalo dah byk2 ada efek tak eh kat post nie?