Lama saya tidak membuat pos baru. Sebenarnya sedang merangka beberapa tutorial dan pos-pos lain yang masih diperingkat draf dan sedang dalam proses melancarkan laman web projek baru yang akan saya khabarkan. Saya pasti ramai daripada anda suka menonton TV. Saya terpanggil untuk menonton (saya jarang menonton TV) kerana iklan daripada P1 WiMAX. Aduhai, pecah perut saya ketawa melihat iklan ini. Amat menarik tema yang digunakannya.
Abang dah potong belum?
Apa yang terjadi sepanjang minggu ini? Erm.. saya telah mendapat slip keputusan peperiksaan yang saya duduki beberapa bulan dahulu. Seperti biasa ramai calon termasuk saya sendiri gagal Kertas 2. “Kak Nas kita ambil lagi ya tahun depan” selorohku kepada Kas Nas, rakan sepejabat yang turut menerima nasib yang sama
Kepada semua yang gagal sama ada kertas 1, 2 atau keduanya, masih ada tahun depan untuk kita cuba
Iwan, yang dahulu tauke buah kini melebarkan sayap dalam perniagaan makanan segera, iaitu burger. baru sahaja bermula, saya sendiri belum berkesempatan melawat tapak jualan burger beliau di Sungai Petani. selain burger beliau juga menjalankan jualan One Drop Perfumes yang mana kini dikatakan mendapat sambutan hangat. Saya doakan beliau terus maju dalam perniagaan yang diceburi.





Recent Comments