Info

Penipuan Pelepasan
Pelepasan Kastam
Kadar Tukaran Wang Diguna Pakai Kastam

Sponsor


Merisik Melalui Facebook

DUBAI – Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.

Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis.

Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.

Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.

Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux.

“Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu.

Apa pendapat anda? Petikan di atas tidak diketahui sumbernya cuma datang ke kotak emel saya.

  • Yahoo Bookmarks
  • Twitter
  • Windows Live Spaces
  • Facebook
  • Blogger Post
  • Spurl
  • Slashdot
  • Google Bookmarks
  • Google Reader
  • MySpace
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

2 comments to Merisik Melalui Facebook

  • hello! thanks dah dropped by.

    sorry tinggal mesej kat sini.

    about this entry, my big bro mase awal tahun ni ade cakap yg fb digunekan untuk dapat maklumat2 penting.

    tu je i ingat, tak focus sangat sebab takde fb pun. hehe..

    • Hye PiNk! Tak per tinggal mesej cnie pon (tue pasal tak wat shoutbox. Hek3). Sy pon tak der fb lg pon tak minat. apa pon jgn bg 100% maklumat betol. tak kena risik orang laen salah guna. Mcm mana kese kecurian identiti kat US yg semakin meningkat.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>