Info

Penipuan Pelepasan
Pelepasan Kastam
Kadar Tukaran Wang Diguna Pakai Kastam

Sponsor


Penipuan Clearance Barangan Anda

Salam sejahtera kepada semua pembaca semua. Mungkin ramai daripada anda pernah menerima bungkusan dari luar negara atau pun membeli barangan dari luar negeri. Mungkin juga ada yang ditahan kastam dan memerlukan pelepasan sama ada menggunakan agen atau membuat pelepasan sendiri. Tetapi ada beberapa pihak dilaporkan menggunakan situasi ini untuk mengaburi mata anda dan mengambil kesempatan ke atas anda. Di sini saya paparkan situasi kawan pembaca kita iaitu Kak Nor di pos Elak Dicukai Kastam:

Mr Shafique,
Asslamualakum , semuga tuhan merahmati anda kerana selalu membantu orang memerlukan pertolongan. Nak minta tolong selesaikan masalah kawan kakak ni. Dia terima parcel dari kawan yang tinggal di london.Nama syarikat tu DHA LOGISTIC SERVICES LONDON. Office yang base kat klia s21,s22, main terminal building, Mezzanine Level, KL International, 64000 klia malaysia. Tel : 012 6640750 Fax : 03 64387655 , call dia suruh bayar RM2950 untuk clearance. Yang peliknya dia suruh bayar through bank yang dipunyai individual bernama NUR SHAFIQAH PEK ABDULLAH dlm ac CIMB 1251-0076764-520 . Kakak dah larang dia dari bank in tapi dia degil than ari ni dia bagi tau syarikat tu call bagi tau tak dapat nak release lagi barang tu walau kawan akan dah bank in duit.
Mcm mana nak convince kawan akak yg dia ni dah kena tipu? cos dah search tak jumpa pun syaikat DHA Logistic London tu ….

Ingin saya kongsi dan maklumkan kepada anda bahawa syarikat logistik, courier, forwarding dan pihak kastam tidak memerlukan anda melakukan pembayaran ke akaun tertentu untuk melakukan pembayaran. Jika menggunakan syarikat courier, hanya perlu duduk di rumah dan tunggu barangan anda bersama-sama dengan bil pembayaran. Kes seperti di atas telah beberapa kali menjadi tajuk akhbar utama tahun ini kerana ramai warga Malaysia menjadi mangsa sindiket yang menggunakan modus operandi seperti di atas. Secara logiknya sesiapa saja boleh menghubungi anda dengan maklumat seperti di atas. Sekiranya anda mempunyai pengalaman atau maklumat mengenai perkara begini harap dapat kongsi dengan pembaca lain dengan memberi komen pada pos ini.

Saya mendoakan yang terbaik buat Kak Nor dan sahabatnya. Paling penting jangan sesekali memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga tanpa asal usul. Terpulang kepada kebijaksanaan dan logik akal kita yang menentukan tindakan kita. Namun semuanya berasas :)

Lagi situasi yang serupa.

Update: 2009/09/16 at 7:04pm

Akak terbaca tentang kisah yang diceritakankan oleh Kak Nor. Kawan akak menerima satu parcel dari kenalan beliau yang berada di London. Berikut adalah detail tentang kiriman tersebut. Penghantaran melalui world diplomatic and logistic courier. Ni laman web untuk track parcel tersebut. http://www.worldiplogisticourier.com/ Nombor parcel ialah PL557299900MY. Mengikut status, parcel tersebut pending di Sabah Airport. Untuk kesemua parcel dari luar negara adakah semuanya akan dihantar ke KLIA? Tengahari tadi kawan akak telah menerima panggilan dari seorang perempuan yang mengaku sebagai Diana 60102534857 dari KK Sabah, menyatakan bahawa barang tersebut berada dalam tahanan kastam di Sabah. Untuk pelepasan kastam beliau dikehendaki membayar RM 4750.00 kepada syarikat tersebut. Tapi kawan akak tak layan pun perempuan tersebut. Apa yang akak nak tanya ialah bagaimana untuk pastikan kes ini benar atau pun memang kawan akak ditipu?? Harap Mr Shafique dapat tolong tengok-tengokkan kes ini. Terima kasih. Selamat Hari Raya.

Update: October 18th, 2009 at 1:01 PM

Saya pun ada terima emel macam tu.bila dah beri detail untuk delivery,diaorang mintak bayar dulu.Bila saya beritahu dapat barang baru saya bayar dia cakap kastam tahan barang saya dan mintak bayar duit dulu.Ini emelnya:

Understand that the charges you are being asked to pay now is for the Diplomat men of your winning cheque and i want you to come up with the balance 2,000 so that they can deliver the consignment you.
If you prefer to come personally to the office in UK to recieve your winnings, then you will not have to pay the Diplomat charges. However, if you cannot come to the UK, you are obligated to pay these charges. I hope you understand that our courier company has to be paid for our services as we do not work for free.i want you to completely the balance 2,000 so that they can give you the consignment immediately.

Diaorang hantar emel ni pada saya bila saya tak nak bayar untuk delivery charges.Diaorang cakap kastam tahan barang tu.Ada pulak perempuan dari kastam beritahu kononnya barang saya tersangkut kat sana.Bila saya tanya details dia hanya bacakan alamat je.Mintak tolong En.Shafique check betul ke consignment atas nama saya ada kat sana,boleh?Kalau sudi nanti saya beri my details.Perempuan dengan no h/p 0173937656 betul ke wujud dkt kastam?No akaun untuk masukkan duit pun diberi..
Saya pun bingung ni,beria diaorg call,nak duit.Betul ke barang utk saya ada kat sana?Siapa yang perlu dihubungi untuk kepastian?Please reply.

  • Yahoo Bookmarks
  • Twitter
  • Windows Live Spaces
  • Facebook
  • Blogger Post
  • Spurl
  • Slashdot
  • Google Bookmarks
  • Google Reader
  • MySpace
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

5 comments to Penipuan Clearance Barangan Anda

  • OLEL

    I pun kena tipu jg…First rm1500 as a custom clearance..then rm5000 as a compound sebab dlm parcel konon ada 9000 pounds.klu i tak masukkan duit kononya i akan dicari polissebab terlibat dgn kemasukan wang asing secara haram..i pun bodoh jg…bank in duit tu tanpa usul periksa.Bila dah byr,dokumen nak kena si pengirim pula sign.So pengirim datanglah..and then dia pula sangkut dgn IMF sebab bawa cash 20 000 pounds.So,org tgh nama Esther yg jd perantaraan from the begining suru I jamin si pengirim ni dgn rm 10000..Luckily I sedar cepat,I call kastam,bank negara,kargo dan imigresen tanya pasal ni dan make sure org ni btl tak wujud dlm sistem dorg..Baru I tau I dah kena tipu.Nama palsu si pengirim brg Brian O connor,tel +447031806852/0166201046,org tgh yg mengaku staf kargo Esther,h/p 0102968391.Courier Company Dynexcs +447031893596.
    Personal akaun Caesar(RHB ) dan Shaazim Ibaidullah(CIMB) akaun d mana i bank in duit tu.I tau da tak boleh dapat lg dah duit tu…but to all Malaysian pls jgn ikut jejak I yg tertipu dgn sindiket ni.

    • Diane

      Thanks God I found your homepage. I was nearly conned by the same Brian O Connor. The same person by the name of Esther claims that she’s the handling agent for Dynexcs in KL. Still feels doubtful, I googled Dynexcs to know whether they actually have contact person in Malaysia and your webpage came out. Thank you for so much. God bless you!

      • Just helping myself and others. I’m trying to alert everyone about this. Just spread the words around friends about this. This is the best we can do to prevent this scam. I’m planning to translate this page in English too. Anyone care to help?

  • OLEL

    Diane..i m so glad that my article about those’bloodsuckers’ alerted u from losing ur money like me.I m very sure that they still active with their dirty bussiness until now n still searching for the next victim but i hope there will be nobody that as fool as me.All the phone number that they given to me are still contactable until now,and that means they dont even have a little fear when i threaten them that i’ll do a report to the authority.So,i hope nobody will get trapped again..

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>