Esok? AKu rasa ramai pekerja/kerani Pos Malaysia Berhad akan menduduki peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Ke Jawatan Kerani Kanan Pos. Aku juga tidak terlepas kerana sudah cukup waktu untuk aku menduduki peperiksaan ini. Aku doakan diriku dan semua rakan-rakan seperjuangan sama diberkati dan dipermudahkan urusan. Amin

Peperiksaan
Hari ini juga Top Coat aku sampai bersama dengan pen lining 0.02. Selepas ini boleh aku kembali dengan projek Gundam aku. Tapi mana satu aku nak mula dulu?

Top Coat dan Lining Pen 0.02
Di bawah ini pula 3 Gundam kit yang aku belum pasang, gara-gara menunggu Top Coat di atas sampai.

Gunpla
Berdebar-debar menanti hari esok.





weih,lawa gundam ko
Hak3x. sok lusa dah leh start pasang RM-79 tue. siang tadi dah sembur top coat.
[...] dengan laporan kegagalanku di dalam peperiksaan jabatan di mana anda boleh rujuk pos berkaitan di Peperiksaanku Esok! Saya gagal di kertas 2 iaitu kertas soalan objektif. Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah [...]