Baru-baru ini, pihak Kastam di Raja Malaysia yang berpengkalan di Unit Bungkusan Pos, Pejabat Pos Butterworth telah berjaya merampas sebuah bungkusan berdaftar daripada Hong Kong yang mempunyai pistol di dalamnya. Amat memeranjatkan melihat pistol ini setelah dibuka.

R45 Combat Master
Pistol ini adalah jenis BB Gun atau pun yang digunakan untuk Airsoft. Ia menggunakan peluru BB dan mempunyai mekanisma yang agak kompleks. Di Malaysia sebarang mainan atau replika mirip senjata api adalah haram. Saya juga cuba memegang pistol ini dan ianya amat berat. Bagi pegawai kastam yang memegangnya mereka mengatakan beratnya hampir sama dengan pistol yang sebenar.

Katalog R45 Combas Master
Bayangkan anda di tahan seseorang di tempat sunyi dan diacukan pistol ini?





Bolehkah org2 biasa spt i mempunyai access kpd pistol yg sungguh i minati?
jeng jeng jeng~
Hehehe Nick malangnya itu tidak terjadi
Terima kasih ya Nick sebab melawat
Saya ada satu, memang mirip yg betul. Berat hampir sama dgn yg betul. Tapi saya guna utk keselamatan saja. Atau latihan menembak. Pembeli dan pengguna mestilah umur 20 thn ke atas. Sebab power dia kuat, tak sesuai utk under age. Org dewasa je blh beli dan guna.
Muhammad Faisal.. sudi berkongsi cara untuk mendapatkan pistol sebegitu? Bukan bermaksud saya ingin memiliki tapi ingin tahu caranya untuk pengetahuan pengguna.
hihi..oleh kerana bapak ku polis sempadan bukit kayu hitam-siam,sng la jgk bapak aku belikan utk aku tembak cicak dlm umah..aku ade shotgun 1, automatik 2 (smith n wesson & eagle dessert), rifle 1..kebetulannya sumer dh rosak akibat obses menembak cicak hingga ke rumah jiran..kuikui..mekanisma spring didalamnya kurang elok..cepat je rosak..huhuhu..ada yg pakai bearing besi sbgai peluru..beratnya totally sama dgn yg asal..scale 12:12..merbahaya utk budak2 12 tahun keatas..harga dia ikut saiz dan kecantikan bentuk dia la..tp harga RM35 keatas la..bukan sng nk bawak masuk malaysia..huuhuhu..
murah bai… leh kira2 kot? ehem2 collectors item
apa kata kerajaan or polis bagi lesen kepada sesiapa yang berminat pada BB gun ni, salah satunya untuk keselamatan. pada saya bukan semua orang beli pistol ni untuk merompak, ada yang memang hobi dia suka memiliki pistol atau bb gun ni.
katakan ada orang nak pecah masuk rumah dia, kalau dia memiliki bb gun ni tembak je orang tu, nescaya lari tak jejak tanah le. saya rasa kalau kena pun pun tak mati betul tak? just untuk menakutkan diorang
Pistol dalam kotak it bukan R45 Combat Master, tetapi mungkin ARMY R17 Glock [Black] (buatan China)…