Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah majalah tempatan iaitu Remaja. Di dalam banyak-banyak artikel dan info saya tertarik kepada satu artikel di bawah bahagian Lelaki Oh Lelaki. Saya agak ia adalah edisi terbaru bagi November. Ia mengutarakan tajuk berkenaan obses atau tidak seseorang itu menonton dan menyimpan video porno. Dalam artikel tersebut juga memaparkan 4 orang lelaki remaja yang mana bertindak sebagai correspondent.
Ringkasan responden pertama:
- Menyimpan dan menonton untuk suka-suka.
- Untuk mendapatkan kepuasan dan keseronokan.
- Untuk berimaginasi kerana lelaki selalu melakukannya.
- Tidak salah jika hanya suka-suka.
Ringkasan responden kedua:
- Tidak setuju menyimpan atau menonton video porno kerana ia adalah perbuatan yang tidak senonoh.
- Simpan atau tonton hanya untuk kepuasan.
Ringkasan responden ketiga:
- 10 daripada 8 lelaki ada menyimpan video porno di dalam telefon bimbit mereka.
- Bagi saya tidak salah menonton tapi jangan terlalu obses kerana akan digelar gila seks.
Ringkasan responden keempat:
- Perbuatan yang memalukan.
- Ramai lelaki melakukannya, malah memiliki bersiri video tersebut.
- Mungkin tiada masalah untuk sekadar tontonan asalkan jangan menjadi obses.
Begitulah 4 orang responden yang dipilih oleh majalah tersebut. Secara amnya masing-masing tidak tahu apa yang baik dan buruk. Pada hemat saya inilah perspektif masyarakat masa kini yang perlu diberi perhatian serius. Saya sendiri tidak dapat mencari di mana yang membolehkan kita menonton video porno sedangkan berzina itu haram, aurat itu wajib tapi boleh pula menjadi menjadi simpanan dan tontonan.
Daripada apa yang terjadi masa kini, saya tidak menyalahkan teknologi. Kerana teknologi ini datangnya sebagai ilmu namun pandangan seperti di atas yang bakal mengubah apa jua teknologi yang datang kepada sesuatu yang buruk. Kini kita seolah lali dengan penyebaran video-video porno ini. Beberapa kali juga menjadi tajuk akhbar utama (anda tahu akhbar apa).
Ini sekaligus mendorong masyarakat sekarang melaukan perkara yang sama dengan apa yang mereka tonton. Ini terbukti dengan betapa rosaknya masyarakat sekarang walau dari akar umbi yang masih muda. Saya sendiri tidak faham sama sekali apa yang dimaksudkan dengan suka-suka? adakah menonton video lucah ini satu perbuatan yang betul? Adakah ini yang kita belajar? Adakah obses yang menjadi ukuran segala gejala yang negatif? Saya sendiri merasakan amat tidak patut artikel tersebut dikeluarkan tanpa sebarang ulasan dari pihak yang memahami hal ini terutamanya jabatan agama. Amat kecewa melihat pernyataan yang terpampang di dada majalah tersebut.
Adakah Obses yang anda jadikan ukuran bagi segala gejala negatif?





Recent Comments